Showing posts with label DESSERT. Show all posts
Showing posts with label DESSERT. Show all posts

Puding Oreo

Author: salju // Category:

emunnn.blogspot.com

Salam dan selamat pagi... Hari ni nak kongsikan puding oreo yang sangat sedap ni.. memang mewah rasa coklatnya dan bila tergigit oreo tu memang la heaven... resepi asal dari Alongroz tapi saya dah terderhaka.. yang kat tengah tu dah diletakkan perisa strawberry.. coklat, strawberry dan oreo memangla sangat best! =)


Bahan : ( Saiz: 8" x 8" )
  • 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
  • 750ml Air
  • 160g Gula - Mas ikut Ayu 140g gula
  • 1 tin @ 400g Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis
Cara :
  1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.
    Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
    Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
    Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
    Taburkan biskut oreo.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.
Letak oreo banyak2 lagi best rasanya...

PUDING KOKTEL BERKUAH

Author: salju // Category: ,
Puding ni memang best sgt...rase lemak-lemak manis berkrim gtu...hahaha ade ke rase gtu?? buatnye pon senang jerk..dah cuba banyak kali resepi puding ni..resepi asal dari mama kastam tioman a.k.a mamajay kat myresipi dan akhirnya sy ubahsuai dengan selera sy dan trhasil laa puding koktel versi sy sndiri...

 BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH
  • 1 tin besar buah-buahan campuran ( 825gm)
  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair F&N ****
  • 1 tin air masak (sukat guna tin susu)
  • 1/2 cawan gula pasir
 BAHAN-BAHAN UNTUK PUDING KASTAD
  • 1 cawan tepung kastad
  • 4 cawan air 
  • 3 sudu besar gula
  • 1 cawan santan/susu segar/susu cair
  • 1/2 tin jagung krim
  • 1/2 sudu teh garam 

CARA-CARA
  1.  UNTUK KUAH: Tapiskan buah-buahan dalam tin. Airnya dimasukkan kedalam periuk bersama susu,gula dan air. masak dengan api sederhana sambil sentiasa dikacau yea.. hampir-hampir mendidih je trus angkat yea xperlu tunggu sampai mendidih. angkat dan masukkan buah-buahan tadi. biar sejuk sekejap dan simpan dalam peti ais
  2. UNTUK PUDING: campur semua bahan dalam periuk, kacau diatas api sederhana hingga pekat dan berkilat. angkat dan isikan dalam acuan kecil-kecil. biarkan sejuk..
  3. bolehlah dihidangkan puding bersama kuahnye yea.. selamat mencuba!
**** kalau guna susu cair jenis carnation instead of F&N xperlu masak pon xpe..then xperlu campur air dah..just guna air dari tin buah-buahan jer...gula pon x pyh letak yea sebab dah cukup manis dah dengan air dari tin buah tu.. nape x perlu masak??? sebab susu jenis ni cair skit berbanding dengan F&N dan rase nyer juga lebih sedap...

GELEDAH DAPUR RAMADHAN BERSAMA B.A

Author: salju // Category: ,
Menarik je nih..tp blog i ni xbyk resepi lg..boleh ker abang ben??? boleh la... nk kongsi jgk..satu dessert yang menarik bg yang suka air soya..biasa la kan kalo kt bazar ramadhan melambak air soya fresh tu..ada yang panas dan ade gak yg sejukk...sejukk?? boleh minum trus..buat nye senang..sambil2 buat kueh buah melake tu kan boleh la join venture dgn yang ni skali... tengok dalam rancangan kt tv 30 minutes chef..memang bes kalo buat buke puasa ni..dapat pelbagaikan lg minuman soya..seeloknya gunakan soya yang bukan sugarless..erkk gamabr x canteekkkkk...

SOYA WITH GLUTINOUS RICE BALL PEANUT BUTTER FILLING


Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung pulut
  • sedikit air
  • pewarna
  • peanut butter
  • Air soya

Cara-cara

  1. uli tepung pulut dengan sedikit air. buat mcm aduan kueh buah melaka. bahagikan kepada 2 adunan.letak pewarna yg berbeza.
  2. bentukkan bola-bola kecil. isi kn sedikit peanut butter di dalam nyer.
  3. didih kan air di dalam periuk. bl dh mendidih.masokkan bola-bola trsebut.. rebus hingga timbul..angkat dan masokkan didalam air sejuk yang berais.boleh disimpan dalam peti ais beberapa hari.
  4. masukkan di dalam minuman soya. letak ais sket.. minum sejuk2..besttttt...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...