ReSePi PaPriK SoToNG

Author: salju // Category:
Resipi paprik yang amat simple dimasak. seandainya stok sos tiram tiada dirumah..masih lagi dapat menghasilkan paprik yang enak dengan menggantikan sos tiram dengan cili giling 1 sudu besar ditumis bersama dengan bahan kisar. selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN:

3 ekor Sotong sederhana besar
4 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih di ketuk
2 batang Serai
1 inci Halia
1 Sb sos tiram
1 Sk sos cili
1 Sb kicap
5 helai daun limau purut
1/4 batang lobak merah
baby corn
sedikit cendawan tiram

CARA-CARA:

Sotong di bersihkan dan di potong kecil. Bawang merah, serai dan halia dikisar halus.
panaskan kuali dan tumis bawang putih hingga garing. masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga naik bau. masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. kacau rata. selepas itu masukkan sotong, lobak dan daun limau purut. biarkan seminit. kemudian masukkan sayuran yang selebihnya. kacau rata dan perasakan. jangan biarkan sotong terlalu lama nanti jadi liat..



3 Responses to "ReSePi PaPriK SoToNG"

Anonymous Says :
March 6, 2010 at 10:30 AM

ala..klau tader serai sedap x?

Anonymous Says :
July 15, 2010 at 4:49 PM

xsdp lerr,xder umphhh.......

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...