Showing posts with label DAGING. Show all posts
Showing posts with label DAGING. Show all posts

Sup tulang with fresh blackpepper

Author: salju // Category:


Salammmmm...

dah lama x makan sup tulang...arini pekena sup tulang gearbox ni pulak.. haa tergoda x tengok tulang tu trlonggok kat ctu..hehe tapi..tapi xboleh makan banyak sup2 tulang gni..kolestrol tinggi nak2 yang gearbox tu..mendatangkan penyakit je..kang ade yang terpening2 plak.. tapi best sgt2 kalo dapat makan banyak..pening tu blakang kira la..haha kali ni guna fresh blackpepper yang kaler hijau tu..rasa lagi sedap dari guna yang dah kering tu/serbuk..tapi susah ckit nak cari yang fresh tu..

BAHAN-BAHAN
  • 2 kg tulang lembu (bahagian kaki/gearbox)
  • 1 bungkus rempah sup tulang
  • 2 sb ketumbar (disangai dan dikisar halus)
  • 10 biji lada hitam fresh yang kaler hijau diketuk (ganti dengan lada hitam biasa kalo xde)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 5 bawang putih diketuk
  • 2 ulas bawang besar
  • 1 inci halia
  • cili jeruk
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • kulit kayu manis
  • 1 biji limau nipis
  • garam secukupnya
  • 2 biji tomato belah 4

CARA-CARA
  1. bersihkan tulang dan tuskan. masukkan kedalam periuk bersama air menutupi tulang tersebut.
  2. panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga kekuningan.masukkan rempah sup dan rempah yang lain.tumis sekejap hingga wangi. tuang semuanya kedalam periuk yang berisi tulang dan renehkan hingga isi pada tulang tersebut empuk dan lembut.
  3. bawang besar dihiris bulat dan ditumis bersama halia hingga kekuningan dan layu. masukkan kedalam sup apabila isi pada tulang empuk. reneh lagi. masukkan garam secukupnya
  4. setelah masak, padamkan api dan masukkan tomato dan perahkan limau nipis secukupnya.
  5. semasa menghidang taburkan cili jeruk, daun bawang dan daun sup. selamat menjamu selera!



Bubur Daging

Author: salju // Category: ,


salam..

emmm xberselera nak makan.. jom cuba bubur ni..sedappp... ala2 nasi air kat besut ni.. sebelum ni pernah wat bubur ayam..


BAHAN-BAHAN
  • 1/3 cawan beras
  • 1.5 liter air rebusan daging
  • ikan bilis goreng
  • bawang goreng
  • 1 inci halia diketuk
  • daging rebus yang telah dihiris nipis
  • daun sup

CARA-CARA
  1. bersihkan beras dan rebus bersama air rebusan daging dan halia hingga beras pecah dan masak.masukkan daging yang telah disiat
  2. jika kurang air tambah lagi untuk dapatkan bubur yang cair
  3. tambahkan garam secukupnya
  4. angkat dan tabur daun sup, bawang goreng dan ikan bilis goreng

Daging Singgang Mymum's style

Author: salju // Category:


assalamualaikum..

selain dari buat sup dan gulai..boleh jugak singgang daging ni..nak2 kalo yang daging yang ada tulang.. ke tulang yang ada daging? tah dah terbalik la tu..hehe ape2 je la.. yang tu memang sedap buat singgang sebab air tulang tu menyedapkan lagi singgang tu..kalo belah2 keluarga mak aku, bila ada kenduri kawen kan.. tulang2 tu dorang buat singgang..jadi malam sebelum hari berlangsung malis tu pakat duk meratah singgang tulang..memang syiokkk x hengat laa... erkk gambar x santekk laa pakai hp jer..

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg daging/tulang
  • 5 ulas bawang merah belah 4 tapi jangan bagi putus
  • 1 ulas bawang besar belah 6
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 3 inci lengkuas dihiris
  • 2 batang serai diketuk
  • 1 inci halia diketuk
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • air 2 liter untuk merebus
  • 1 keping asam keping
  • cili padi

CARA-CARA
  1. Rebus daging/tulang hingga empuk bersama lengkuas, kulit kayu manis, serbuk ketumbar,bawang putih dan juga asam keping. kalau air kurang tambahkan air
  2. bila dah empuk masukkan bawang merah, cili padi, halia, bawang besar dan serai. biarkan mereneh hingga bawang masak. masukkan secukupnya garam dan bahan perisa. angkat.. mase mereneh gunakan api slow

DAGING BAKAR MADU

Author: salju // Category:

Daging bakar madu yang simple jer.. sy ni suke sangat benda-benda yang senang je nak masak dan cepat.. jimat masa dan tenaga kan.. bahan-bahan pon sikit je.. kadang daging ada yang liat kan.. kalau ayah yang beli daging beliau akan cari gerai jual daging yang kaki lembu yang digantung kat gerai tu kecik je..katenya lembu kecik tu lagi sedap dan daging x liat..

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 kg daging
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu

CARA-CARA
  1. Gaulkan semua bahan dan perap selama sejam
  2. panaskan oven pada suhu 200C. bakar daging dengan api grill selama 40 minit..

HATI GORENG BEREMPAH

Author: salju // Category:

hati kadang-kadang hamis dan berbau kan..goreng macam ni boleh hilangkan bau hamis hati tu.. 

BAHAN-BAHAN
  • 500gm hati lembu dipotong kecil2
  • 1 ulas bawang besar dihiris bulat
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/4 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • garam secukupnya
  • cili merah dipotong
CARA-CARA
  1. hati diperap dengan bahan serbuk dan garam. biarkan 10 minit. goreng dengan minyak sederhana hingga agak garing.
  2. bila dah garing masukkan bawang dan cili merah. goreng sebentar dan angkat.


DAGING MASAK MERAH SIMPLE

Author: salju // Category:
         
actually ni menu untuk bersahur.. simple dan senang je nak masak..tau2 la kan pagi2 nak makan ni kan tekak ni mane boleh telan makanan kan jadi makanan yang simple2 gni la buat pembuka selera.. makan plak dengan nasi hangat..yang xde selera trus ade selera.. =) kalo yang kat kedai tu kaler2 pink gtu tapi yang ni xletak pewarna pon..kalo sape2 yang nak daging tu kaler pink boleh la rebus daging tu dengan sedikit pewarna merah

 
BAHAN-BAHAN
  • 1/4 kg daging
  • 1 ulas bawang besar dihiris
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 2 sb sos cili
  • 1 biji tomato didadu
  • 2 sb sos tiram
  • garam secukup rasa
  • daun bawang

CARA-CARA

  1. daging direbus terlebih dahulu hingga empuk barulah dipotong nipis
  2. panaskan kuali  dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan
  3. masukkan sos dan tomato yang didadu. kacau rata dan masukkan daging
  4. biar mendidih sekejap, masukkan daun bawang dan bolehlah diangkat.

DAGING GORENG

Author: salju // Category:

daging lagi?? layan jela.. masak sesimple yang boleh..jadi boleh simpan tenaga-tenaga yang ada.. =) buat makan sahur pon bes nih yela kan sahur2 ni mamai2 nak telan nasi x selera mane kan.. jadi lauk2 camni memang senang nak telan senang nak masak..

BAHAN-BAHAN
  • daging dihiris nipis
  • serbuk kunyit
  • cili padi
  • bawang besar dihiris bulat
  • bawang putih diketuk
  • daun bawang 
  • daun sup
  • asam keping
  • secubit garam 
CARA-CARA
  1. daging dilumur dengan garam dan kunyit. perap sebentar (10 minit)
  2. panaskan kuali dan goreng terendam daging hingga garing bersama asam keping dan bawang putih
  3. masukkan bawang, cili padi dan kacau sebentar.
  4. matikan api dan masukkan daun  bawang dan daun sup. 
  5. oleh sebab guna minyak yang banyak, jadi tus dulu daging ditepi kuali supaya daging tidak berminyak baru diangkat ye. erk paham x..buat la macam mane pon supaya kita x hidangkan daging tu bersama minyak tu ye.


SUP SIAM DAGING

Author: salju // Category:

Sup daging untuk hari pertama sahur tapi xdapat nak upload coz broadband wat hal..isk3 ni pon blom ok lg.. nak kate x bayar aku bayar tiap2 bulan celcom wei ..nape wat hal plak? huhu slalu camni mrajuk kan baru tau! okla bulan2 pose camni xelok marah2 kan.. sup ni simple jer pakai paste sup siam adabi tu.. tapi dah tambah bahan-bahan lain skit untuk bagi sedap lagi..adjust ikut sedap tekak je yep.. =) oleh sebab xde pressure cooker lambat skit la nak melembutkan daging ni.. makan 2 jam gak la duk mereneh sup ni..kalo tak kang yang xde gigi xdapat makan..hehe sowi baby cute..

BAHAN-BAHAN:
  • 1/2 kg daging 
  •  1 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • daun bawang & daun sup
  • 2 liter air
  • 1/2 biji limau nipis

CARA-CARA
  1. Daging dipotong kecil dan direbus dengan air bersama paste sup siam, kulit kayu manis dan serbuk ketumbar hingga daging lembut.guna api sederhana masa mereneh daging ni ye.
  2. bawang besar dihiris bulat dan digoreng hingga kekuningan bersama bawang putih. 
  3. apabila daging sudah lembut masukkan bawang goreng dan halia. tambahkan air kalau air dah tinggal sikit. biar hingga mendidih.
  4. tambah garam, dan perahan limau.
  5. angkat dan tabur daun bawang dan daun sup.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...