Showing posts with label SOS. Show all posts
Showing posts with label SOS. Show all posts

POPIA UDANG

Author: salju // Category: , ,

Dapat resepi ni dari seorang kawan baik mase blajar dlu.. memang mabeles.. biase makan popia yang jual tu je yang inti sayur.. lepas rase yang ni trus terpikat dengan popia udang ni.. tq yea fazrina coz bg resepi ni..

BAHAN-BAHAN
  •  kulit popia
  • 1 biji bawang besar (cincang)
  • 1 ulas bawang putih (parut)
  • 15 ekor udang sederhana besar (potong kecil-kecil)
  • 50 g cendawan tiram (dadu)
  • 2 biji telur
  • garam dan gula secukup rasa
  • 500 g sayur campur (1 pek kecik tu) 

    BAHAN-BAHAN SOS
    • 1/2 cawan air
    • air asam jawa pekat 3 sudu besar
    • 3 sudu besar gula melaka / gula pasir
    • 2 sudu cili kering yang dikisar (kalau nak pedas lebihkan cili)
    • sedikit garam untuk menyeimbangkan rasa manis sos 

      CARA-CARA
      1. tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
      2. masukkan sayur campur. gaul rata biar sebentar sehingga separuh masak.
      3. masukkan udang dan kacau rata. biar kn 1 minit
      4. masukkan cendawan dan perasa kan dengan garam dan gula.
      5. pecahkan telur ke dalam dan gaul rata. biarkan telur menyelaputi inti
      6. terus kan mengacau inti sehingga telur masak dan tidak berlendir. sejukkan inti.
      7. boleh lah mula membungkus dengan kulit popia. isi inti secukupnya dan bungkus ketat-ketat yea..biar xde ruang kt dalam popia tu.. gam popia dengan menggunakan telur.
      8. goreng dalam minyak penuh, pastikan minyak betul-betul panas untuk elakkan minyak masuk kedalam popia.
      9. UNTUK SOS: satukan semua bahan dan didihkan sampai cili masak dan sos sedikit pekat.
      10. hidang panas-panas.

      Ni plak inti dan sos popia..




      KERANG BAKAR

      Author: salju // Category: ,


      Dapat makan kerang bakar memang best sgt..kerang ni boleh dibuat macam2 masakan espeseli sambal,rendang,rebus,bakar dan macam2 lg tau..tp kerang bakar paling senang nak wat... simple jer..

      BAHAN-BAHAN:
      • 1 kg kerang
      • 2 batang serai diketuk
      • 2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
      CARA-CARA:
      • bersihkan kerang, masukkan dalam bekas dan isi kan dengan air separas dengan kerang.
      • masukkan serai dan bawang putih. kacau rata-rata dan perap sejam
      • selepas sejam bolehlah dibuang air dan boleh lah dibakar. kalau xde dapur arang tu boleh guna dapur gas jer. masukkan dalam periuk bertutup dan biarkan sehingga beberapa biji kerang terbuka sendiri yer..boleh lah diangkat..psssst gune api kecik jer...
      SOS PENCECAH:
      • 1 sudu cili boh
      • 1 keping gule melaka
      • air asam jawa 1 cawan
      • secubit garam
      campurkan semua bahan diatas dan masak sehingga medidih dan gule melaka cair. kalo nak lg pekat boleh tambah cili lg..








      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...