KETAM MASAK LEMAK DENGAN CENDAWAN

Author: salju // Category: ,

Salam... Orang kata kalau nak beli ketam beli bila bulan penuh barulah isinya pon penuh..betol ke?? betol la kut... lagi satu beli ketam betina instead of yang jantan..haaa amik ko skeping dah makcik...ada tengok dalam ceta masak masak kat astro nun dorang pilih ketam betina yang ada telur tu..lagi berisi dan berat..ketam jantan ni yang kaler biru-biru tu..yang betina lak kaler coklat gitu... caranya sama je dengan resepi udang masak lemak dengan cendawan yang pernah saya postkan sebelum ni...resepinya kat sini cuma saya ada tambahkan cendawan...





PATIN MASAK TEMPOYAK TEMERLOH

Author: salju // Category:


Salam... Meh kita cuba masak ikan patin tempoyak.. patin tempoyak sangat terkenal di termerloh. saya pernah la makan di salah sebuah kedai nama nya dah lupa la..hahaha maklumla dah tua nih...sedap dia cuma masak on demand..kuahnya pekat, pedas dan cukup rasa.. murah je 1 set nasi putih dengan ikan patin dan ulam2 serta sambal belacan = Rm 10...
haa ni la dia..saya pilih bahagian ekor.. my baby duk tenung je ikan ni..haha pelik kut..

Bahan:

1 ekor ikan patin
1 inci Kunyit
10 biji cili padi
1 biji cili merah untuk kurangkan pedas
1 senduk tempoyak
1 kuntum bunga kantan di belah dua
daun kesum

Cara-Cara:

1. Bersihkan ikan dan rendamkan dengan perahan limau nipis untuk hilangkan hanyir. basuh bersih- bersih yea.

2. kisar cili padi, cili merah, tempoyak hingga halus. masukkan kedalam periuk bersama ikan. masukkan secukupnya air.

3. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Biar mendidih dengan api sederhana hingga ikan masak. kalau guna tempoyak baru masukkan asam keping. 

4. Rasakan masam dan masinnya... bolehlah angkat.. ikan ni kalau masak malam dan makan esoknya lagi sedap...mesra kedalam isi ikan. 


##saya masukkan bawang merah untuk tenggelamkan rasa tempoyak tersebut..pada yang xsuka rasa tempoyak yang kuat##



Pancake versi pemanggang ajaib ikan

Author: salju // Category:
pancake


Salam... selamat pagi... mula2 tu plan nak buat wafer kunun2 nak cecah dengan kari tapi tak jadi.. terhasil laa pancake yang digoreng didalam pemanggang ajaib..hasilnya jadi cantik jugak sebab ada line gitu jadi corak. pancake ni dimakan dengan jem strawberry sedap juga.. 

Bahan:

1 Cawan tepung
1 sk baking powder
1/4 sk soda bikarbonat
1 Cawan susu segar/cair
1 biji telur
1 sb gula
secubit garam

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan kering. Pukul telur hingga berbuih. masukkan kedalam campuran tepung. masukkan pula susu dan gaul sebati. 

2. Rehatkan sekejap adunan dalam 1/2 jam. bolehlah digoreng dalam non-stick pan. saya guna pemanggang ajaib. xperlu letak minyak pon.. 

3. Boleh dimakan dengan jem, nutella, madu, peanut butter dan sebagainya. 



PULUT DAKAP SEDAP

Author: salju // Category: ,
emunnn.blogspot.com


Salam... haaaa akhirnya berjaya membuat pulut dakap yang sedap kesukaanku ini...muahahaaaa...walaupon besar-besar debab semuanya tapi sedap! makan sebijik dah boleh lena kekenyangan..haha cara buatnya sangat senang je...


Bahan:

2 Cawan pulut direndam terlebih dahulu
1 Cawan santan
Gula & Garam secukup rasa
Tali untuk mengikat pulut yang dah siap dibungkus
Daun pisang 
Pisang secukupnya dibelah dua..

Cara- Cara: 

1. Kukus pulut hingga separuh masak. angkat dan gaulkan dengan santan yang dimasukkan dengan sedikit garam. Tabur gula sedikit-sedikit sambil digaul pulut tersebut hingga cukup rasa. pulut akan jadi melekat dan kembang. 

2. Kukus lagi sekejap. kalau pulut masih nampak berderai tambah lagi santan.

3. Angkat pulut dan masukkan kedalam bekas. ambil sedikit pulut dan ratakan diatas daun pisang, letakkan pisang dan tindihkan dengan sedikit pulut lagi untuk mmenutup pisang tersebut. bungkuskan dan ketepikan dahulu.

4. Buat hingga pulut habis. sekarang masa untuk pulut berpeluk sesama mereka..hehe ambil dua bungkus pulut dan ikat dengan tali. ikat ketat-ketat biar nampak cantik pulut tu nanti bila dan buka tali kasut.

##TIPS: untuk pulut cantik berkilat rendam pulut dengan sekeping asam keping.


Puding Oreo

Author: salju // Category:

emunnn.blogspot.com

Salam dan selamat pagi... Hari ni nak kongsikan puding oreo yang sangat sedap ni.. memang mewah rasa coklatnya dan bila tergigit oreo tu memang la heaven... resepi asal dari Alongroz tapi saya dah terderhaka.. yang kat tengah tu dah diletakkan perisa strawberry.. coklat, strawberry dan oreo memangla sangat best! =)


Bahan : ( Saiz: 8" x 8" )
  • 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
  • 750ml Air
  • 160g Gula - Mas ikut Ayu 140g gula
  • 1 tin @ 400g Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis
Cara :
  1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.
    Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
    Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
    Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
    Taburkan biskut oreo.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.
Letak oreo banyak2 lagi best rasanya...

MEE KARI KERANG

Author: salju // Category: , ,

Salam dan selamat malam... huhu ape dah malam dah baru nak ngadap laptop.. xpela better late than never... nak buat macam mane sangat sibuk melayan anak..tu baru sorang tu..hahaha agaknya kalau 2 ke 3 ke mesti lagi haru ni... still in  learning process nak bahagikan masa yang ada.. kalau ikutkan dah malas dah nak update macam taun2 lepas terbiar je blog samapai hampir 2 tahun..ape boleh buat sibuk dengan kerja..cecece alasan la tu... tapi betol la kalau dah malam baru sampai ke rumah masa mane nak update masa mane nak rehat..kan??
tapi sekarang sangat2 hoooreyy sebab duk menggoyang kaki je kat rumah... sambil2 intai2 peluang kerja yang ada kat mane2...anak pon dah besar lg sebulan dah nak masuk setahun... ok berbalik kepada resepi mee kari kerang ni..sangat best oooo.. biasanya kalau saya ni buat mee kari xletak pon stok udang dengan isi udang kisar. tapi setelah mencuba resepi dari azi kitchen ni rasanya masa2 akan datang akan guna resepi ni jela..hehe seeedaaaaappp! siap my hubby puji lagi sedapnyaaa...kalau korang nak try boleh la ke link tu ye.. x nyesal cuba...






COKLAT CUPCAKE

Author: salju // Category:


Assalamualaikum w.b.t
Selamat petang...

Disebabkan dah lama x menaip makin lembab sebijik-sebijik cari uruf..haha sangat kesian kamu 
nak buat macam mane kan skill menaip hilang disebabkan dah hampir setahun resign kerja dan jadi fulltime housewife, chef, cleaner, waitress, assistant, babysitter and so on...ni pon tengah menaip ada bdk kecik comel tengah tarik-tarik broadband tepuk2 laptop...aduiii sangat susah laa hahaha berebut dengan mommy pastu xdapat nangis melolong2... 

Kek ni buat masa nak balik kampung aritu...tapi..tapiiiiii tertinggal dalam umah skali dengan kek kurma...dah siap packing bagai..membazir tau..jenuh nak ngabeskan 20 biji ni..dah tersadai dalam fridge.. 


Coklat cupcake
source: dah lupa sbb print resepi je lupa nak tulis sape punye
Boleh dapat 20 cawan muffin saiz kecik

Bahan: 

2 cawan tepung 
2 cawan gula
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 cawan susu cair/segar/bancuhan susu tepung
1/2 cawan mentega
2 sudu teh esen vanilla
2 biji telur

Cara-cara:

1. Campur semua bahan KECUALI TELUR dalam mixer, pukul pada kelajuan rendah hingga sebati.
2. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit.
3. Masukkan telur dan pukul lagi pada kelajuan tinggi selama 2 minit lagi.
4. Masukkan dalam papercup (anggaran separuh cup) dan bakar selama 20-25 min. suhu ikut oven memasing ye..oven saya 170'C...

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...