POPIA UDANG

Author: salju // Category: , ,

Dapat resepi ni dari seorang kawan baik mase blajar dlu.. memang mabeles.. biase makan popia yang jual tu je yang inti sayur.. lepas rase yang ni trus terpikat dengan popia udang ni.. tq yea fazrina coz bg resepi ni..

BAHAN-BAHAN
  •  kulit popia
  • 1 biji bawang besar (cincang)
  • 1 ulas bawang putih (parut)
  • 15 ekor udang sederhana besar (potong kecil-kecil)
  • 50 g cendawan tiram (dadu)
  • 2 biji telur
  • garam dan gula secukup rasa
  • 500 g sayur campur (1 pek kecik tu) 

    BAHAN-BAHAN SOS
    • 1/2 cawan air
    • air asam jawa pekat 3 sudu besar
    • 3 sudu besar gula melaka / gula pasir
    • 2 sudu cili kering yang dikisar (kalau nak pedas lebihkan cili)
    • sedikit garam untuk menyeimbangkan rasa manis sos 

      CARA-CARA
      1. tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
      2. masukkan sayur campur. gaul rata biar sebentar sehingga separuh masak.
      3. masukkan udang dan kacau rata. biar kn 1 minit
      4. masukkan cendawan dan perasa kan dengan garam dan gula.
      5. pecahkan telur ke dalam dan gaul rata. biarkan telur menyelaputi inti
      6. terus kan mengacau inti sehingga telur masak dan tidak berlendir. sejukkan inti.
      7. boleh lah mula membungkus dengan kulit popia. isi inti secukupnya dan bungkus ketat-ketat yea..biar xde ruang kt dalam popia tu.. gam popia dengan menggunakan telur.
      8. goreng dalam minyak penuh, pastikan minyak betul-betul panas untuk elakkan minyak masuk kedalam popia.
      9. UNTUK SOS: satukan semua bahan dan didihkan sampai cili masak dan sos sedikit pekat.
      10. hidang panas-panas.

      Ni plak inti dan sos popia..




      2 Responses to "POPIA UDANG"

      Jard The Great Says :
      July 30, 2010 at 6:42 PM

      blog masakan ekk? hehehe.. salam kenal

      emunnn Says :
      July 30, 2010 at 10:14 PM

      yup..blog masak2..nape slh tgk ke? hehe gurau je..

      Post a Comment

      There was an error in this gadget
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...