DAGING GORENG

Author: salju // Category:

daging lagi?? layan jela.. masak sesimple yang boleh..jadi boleh simpan tenaga-tenaga yang ada.. =) buat makan sahur pon bes nih yela kan sahur2 ni mamai2 nak telan nasi x selera mane kan.. jadi lauk2 camni memang senang nak telan senang nak masak..

BAHAN-BAHAN
  • daging dihiris nipis
  • serbuk kunyit
  • cili padi
  • bawang besar dihiris bulat
  • bawang putih diketuk
  • daun bawang 
  • daun sup
  • asam keping
  • secubit garam 
CARA-CARA
  1. daging dilumur dengan garam dan kunyit. perap sebentar (10 minit)
  2. panaskan kuali dan goreng terendam daging hingga garing bersama asam keping dan bawang putih
  3. masukkan bawang, cili padi dan kacau sebentar.
  4. matikan api dan masukkan daun  bawang dan daun sup. 
  5. oleh sebab guna minyak yang banyak, jadi tus dulu daging ditepi kuali supaya daging tidak berminyak baru diangkat ye. erk paham x..buat la macam mane pon supaya kita x hidangkan daging tu bersama minyak tu ye.


0 Responses to "DAGING GORENG"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...