Daging Singgang Mymum's style

Author: salju // Category:


assalamualaikum..

selain dari buat sup dan gulai..boleh jugak singgang daging ni..nak2 kalo yang daging yang ada tulang.. ke tulang yang ada daging? tah dah terbalik la tu..hehe ape2 je la.. yang tu memang sedap buat singgang sebab air tulang tu menyedapkan lagi singgang tu..kalo belah2 keluarga mak aku, bila ada kenduri kawen kan.. tulang2 tu dorang buat singgang..jadi malam sebelum hari berlangsung malis tu pakat duk meratah singgang tulang..memang syiokkk x hengat laa... erkk gambar x santekk laa pakai hp jer..

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg daging/tulang
  • 5 ulas bawang merah belah 4 tapi jangan bagi putus
  • 1 ulas bawang besar belah 6
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 3 inci lengkuas dihiris
  • 2 batang serai diketuk
  • 1 inci halia diketuk
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • air 2 liter untuk merebus
  • 1 keping asam keping
  • cili padi

CARA-CARA
  1. Rebus daging/tulang hingga empuk bersama lengkuas, kulit kayu manis, serbuk ketumbar,bawang putih dan juga asam keping. kalau air kurang tambahkan air
  2. bila dah empuk masukkan bawang merah, cili padi, halia, bawang besar dan serai. biarkan mereneh hingga bawang masak. masukkan secukupnya garam dan bahan perisa. angkat.. mase mereneh gunakan api slow

0 Responses to "Daging Singgang Mymum's style"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...