DAGING MASAK MERAH SIMPLE

Author: salju // Category:
         
actually ni menu untuk bersahur.. simple dan senang je nak masak..tau2 la kan pagi2 nak makan ni kan tekak ni mane boleh telan makanan kan jadi makanan yang simple2 gni la buat pembuka selera.. makan plak dengan nasi hangat..yang xde selera trus ade selera.. =) kalo yang kat kedai tu kaler2 pink gtu tapi yang ni xletak pewarna pon..kalo sape2 yang nak daging tu kaler pink boleh la rebus daging tu dengan sedikit pewarna merah

 
BAHAN-BAHAN
  • 1/4 kg daging
  • 1 ulas bawang besar dihiris
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 2 sb sos cili
  • 1 biji tomato didadu
  • 2 sb sos tiram
  • garam secukup rasa
  • daun bawang

CARA-CARA

  1. daging direbus terlebih dahulu hingga empuk barulah dipotong nipis
  2. panaskan kuali  dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan
  3. masukkan sos dan tomato yang didadu. kacau rata dan masukkan daging
  4. biar mendidih sekejap, masukkan daun bawang dan bolehlah diangkat.

0 Responses to "DAGING MASAK MERAH SIMPLE"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...