SUP SIAM DAGING

Author: salju // Category:

Sup daging untuk hari pertama sahur tapi xdapat nak upload coz broadband wat hal..isk3 ni pon blom ok lg.. nak kate x bayar aku bayar tiap2 bulan celcom wei ..nape wat hal plak? huhu slalu camni mrajuk kan baru tau! okla bulan2 pose camni xelok marah2 kan.. sup ni simple jer pakai paste sup siam adabi tu.. tapi dah tambah bahan-bahan lain skit untuk bagi sedap lagi..adjust ikut sedap tekak je yep.. =) oleh sebab xde pressure cooker lambat skit la nak melembutkan daging ni.. makan 2 jam gak la duk mereneh sup ni..kalo tak kang yang xde gigi xdapat makan..hehe sowi baby cute..

BAHAN-BAHAN:
  • 1/2 kg daging 
  •  1 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • daun bawang & daun sup
  • 2 liter air
  • 1/2 biji limau nipis

CARA-CARA
  1. Daging dipotong kecil dan direbus dengan air bersama paste sup siam, kulit kayu manis dan serbuk ketumbar hingga daging lembut.guna api sederhana masa mereneh daging ni ye.
  2. bawang besar dihiris bulat dan digoreng hingga kekuningan bersama bawang putih. 
  3. apabila daging sudah lembut masukkan bawang goreng dan halia. tambahkan air kalau air dah tinggal sikit. biar hingga mendidih.
  4. tambah garam, dan perahan limau.
  5. angkat dan tabur daun bawang dan daun sup.


0 Responses to "SUP SIAM DAGING"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...