Sup tulang with fresh blackpepper

Author: salju // Category:


Salammmmm...

dah lama x makan sup tulang...arini pekena sup tulang gearbox ni pulak.. haa tergoda x tengok tulang tu trlonggok kat ctu..hehe tapi..tapi xboleh makan banyak sup2 tulang gni..kolestrol tinggi nak2 yang gearbox tu..mendatangkan penyakit je..kang ade yang terpening2 plak.. tapi best sgt2 kalo dapat makan banyak..pening tu blakang kira la..haha kali ni guna fresh blackpepper yang kaler hijau tu..rasa lagi sedap dari guna yang dah kering tu/serbuk..tapi susah ckit nak cari yang fresh tu..

BAHAN-BAHAN
  • 2 kg tulang lembu (bahagian kaki/gearbox)
  • 1 bungkus rempah sup tulang
  • 2 sb ketumbar (disangai dan dikisar halus)
  • 10 biji lada hitam fresh yang kaler hijau diketuk (ganti dengan lada hitam biasa kalo xde)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 5 bawang putih diketuk
  • 2 ulas bawang besar
  • 1 inci halia
  • cili jeruk
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • kulit kayu manis
  • 1 biji limau nipis
  • garam secukupnya
  • 2 biji tomato belah 4

CARA-CARA
  1. bersihkan tulang dan tuskan. masukkan kedalam periuk bersama air menutupi tulang tersebut.
  2. panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga kekuningan.masukkan rempah sup dan rempah yang lain.tumis sekejap hingga wangi. tuang semuanya kedalam periuk yang berisi tulang dan renehkan hingga isi pada tulang tersebut empuk dan lembut.
  3. bawang besar dihiris bulat dan ditumis bersama halia hingga kekuningan dan layu. masukkan kedalam sup apabila isi pada tulang empuk. reneh lagi. masukkan garam secukupnya
  4. setelah masak, padamkan api dan masukkan tomato dan perahkan limau nipis secukupnya.
  5. semasa menghidang taburkan cili jeruk, daun bawang dan daun sup. selamat menjamu selera!



4 Responses to "Sup tulang with fresh blackpepper"

Liza Says :
October 21, 2010 at 9:27 PM

liza suka buat sup tulang, at least once a month mesti buat punyer

emunnn Says :
October 22, 2010 at 1:00 AM

yeke.. kalo sy kdg2 je buat..tp kalo bulan pose memang tiap2 minggu la buat..my dad suke bli tulang mase pose..katenya selera skit nak mkn..hehe

Anonymous Says :
October 23, 2010 at 5:12 PM

wah best sup2

yahaya Says :
October 23, 2010 at 5:13 PM

masakan kegemaran ni...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...