PATIN MASAK TEMPOYAK TEMERLOH

Author: salju // Category:


Salam... Meh kita cuba masak ikan patin tempoyak.. patin tempoyak sangat terkenal di termerloh. saya pernah la makan di salah sebuah kedai nama nya dah lupa la..hahaha maklumla dah tua nih...sedap dia cuma masak on demand..kuahnya pekat, pedas dan cukup rasa.. murah je 1 set nasi putih dengan ikan patin dan ulam2 serta sambal belacan = Rm 10...
haa ni la dia..saya pilih bahagian ekor.. my baby duk tenung je ikan ni..haha pelik kut..

Bahan:

1 ekor ikan patin
1 inci Kunyit
10 biji cili padi
1 biji cili merah untuk kurangkan pedas
1 senduk tempoyak
1 kuntum bunga kantan di belah dua
daun kesum

Cara-Cara:

1. Bersihkan ikan dan rendamkan dengan perahan limau nipis untuk hilangkan hanyir. basuh bersih- bersih yea.

2. kisar cili padi, cili merah, tempoyak hingga halus. masukkan kedalam periuk bersama ikan. masukkan secukupnya air.

3. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Biar mendidih dengan api sederhana hingga ikan masak. kalau guna tempoyak baru masukkan asam keping. 

4. Rasakan masam dan masinnya... bolehlah angkat.. ikan ni kalau masak malam dan makan esoknya lagi sedap...mesra kedalam isi ikan. 


##saya masukkan bawang merah untuk tenggelamkan rasa tempoyak tersebut..pada yang xsuka rasa tempoyak yang kuat##



0 Responses to "PATIN MASAK TEMPOYAK TEMERLOH"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...