PULUT DAKAP SEDAP

Author: salju // Category: ,
emunnn.blogspot.com


Salam... haaaa akhirnya berjaya membuat pulut dakap yang sedap kesukaanku ini...muahahaaaa...walaupon besar-besar debab semuanya tapi sedap! makan sebijik dah boleh lena kekenyangan..haha cara buatnya sangat senang je...


Bahan:

2 Cawan pulut direndam terlebih dahulu
1 Cawan santan
Gula & Garam secukup rasa
Tali untuk mengikat pulut yang dah siap dibungkus
Daun pisang 
Pisang secukupnya dibelah dua..

Cara- Cara: 

1. Kukus pulut hingga separuh masak. angkat dan gaulkan dengan santan yang dimasukkan dengan sedikit garam. Tabur gula sedikit-sedikit sambil digaul pulut tersebut hingga cukup rasa. pulut akan jadi melekat dan kembang. 

2. Kukus lagi sekejap. kalau pulut masih nampak berderai tambah lagi santan.

3. Angkat pulut dan masukkan kedalam bekas. ambil sedikit pulut dan ratakan diatas daun pisang, letakkan pisang dan tindihkan dengan sedikit pulut lagi untuk mmenutup pisang tersebut. bungkuskan dan ketepikan dahulu.

4. Buat hingga pulut habis. sekarang masa untuk pulut berpeluk sesama mereka..hehe ambil dua bungkus pulut dan ikat dengan tali. ikat ketat-ketat biar nampak cantik pulut tu nanti bila dan buka tali kasut.

##TIPS: untuk pulut cantik berkilat rendam pulut dengan sekeping asam keping.


0 Responses to "PULUT DAKAP SEDAP"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...