Puding Oreo

Author: salju // Category:

emunnn.blogspot.com

Salam dan selamat pagi... Hari ni nak kongsikan puding oreo yang sangat sedap ni.. memang mewah rasa coklatnya dan bila tergigit oreo tu memang la heaven... resepi asal dari Alongroz tapi saya dah terderhaka.. yang kat tengah tu dah diletakkan perisa strawberry.. coklat, strawberry dan oreo memangla sangat best! =)


Bahan : ( Saiz: 8" x 8" )
  • 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
  • 750ml Air
  • 160g Gula - Mas ikut Ayu 140g gula
  • 1 tin @ 400g Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis
Cara :
  1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.
    Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
    Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
    Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
    Taburkan biskut oreo.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.
Letak oreo banyak2 lagi best rasanya...

0 Responses to "Puding Oreo"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...