MASAK LEMAK CILI PADI UDANG

Author: salju // Category: ,
Dah lama x masukkan n3 laukpauk laa.. hari ni layan masak lemak cili padi udang plak yea..masak ni simple je sape2 pon boleh buat.. kalo yang dah berpuluh taun masak memang pejam mate pon leh masak ni tp mcm sy ni masih terkial-kial lg la tp jadi la jugak cume amik masa skit...jom tengok bahan-bahannya yea..resepi ni dapat dari mak kepada kawan mase blajar dlu2..
 BAHAN-BAHAN:
  • 500gm udang saiz besar
  • 3 cawan santan
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 4 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 15-20 tangkai cili padi *
  • 2 batang serai diketuk
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 biji telur saiz kecik dipukul sedikit dengan garfu

CARA-CARA:
  1. bersihkan udang, belah belakang untuk buang tahi kat belakang dan otaknya.
  2. kisar bahan bertanda * dan masukkan kedalam santan dan masukkan juga serai, didihkan sehingga mendidih
  3. masukkan asam keping, daun kunyit dan udang.
  4. biar mendidih sekejap dan masukkan pula kerisik. kacau rata
  5. masukkan pula telur dan kacau hingga telur nampak hancur dan melitupi udang..nampak macam udang bertelur ye..masukkan garam secukupnya..bolehlah angkat yea..

2 Responses to "MASAK LEMAK CILI PADI UDANG"

aNiS tHe BumbleBee Says :
July 27, 2010 at 11:04 PM

nyam! nyam! nyam! berselera betullaa tgk udang masak cili api ni..kena try nih!hihih!

emunnn Says :
July 28, 2010 at 3:25 PM

salam anis... haaa try jgn x try..

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...