Chicken With Oats

Author: salju // Category: ,


salam....

kali ni mencuba resepi dari buku masakan pulak la.. selama cuba resepi dari blog2 masak dan myresepi je..actually buku resepi ni dah lama belli tapi takat belek2 je..belum cuba lagi..ni baru nak try.. buku keluaran seashore bertajuk 85 popular classic dishes..kat dalam nya memang banyak resepi klasik yang menyelerakan tau..saya sharekan kat sini resepi trsebut yang dah di'translate' ye... rasa ayam ni not bad..memang penggemar oat boleh la cuba untuk pelbagaikan lagi masakan oat ni...

BAHAN-BAHAN
  • 200g isi ayam tanpa tulang
  • 50g tepung ubi kayu
  • 1 biji putih telur
  • 100g oat
bahan perap:
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh bawang putih dicincang
  • 2 sudu makan jus lemon/limau nipis
  • 50g tepung gandum
  • 1 sudu makan serbuk kastard (custard powder)

CARA-CARA
  1. campurkan semua bahan perap. kacau sebati. gaulkan dengan ayam dan perap 1 jam
  2. salut ayam dengan tepung ubi, putih telur dan oats ikut susunan
  3. panaskan minyak, goreng ayam dengan api kecil hingga kekuningan.



0 Responses to "Chicken With Oats"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...