Square Pan Pizza

Author: salju // Category: ,


salam...selamat petang!

Pizza ni buat lunch tadi.. buat bentuk segiempat je x buat bulat macam biasa..

selalu beli jer kali ni nak cuba buat sendiri plak lepas tengok rancangan chef wan kat itali tu buat pizza itali..hoho meleleh ayaq liuqq...

dannn sekejap je pizza ni abes.. laku jugak ek.. boleh jual ni..aku kan menganggur skang nih..haha

soklan nye: rajin ker??

tu la soklan yang paling susah nak jawab..haha

resepi piza ni dari kak hana..kak hana amik kat dapur Mat gebu.. pizza dia memang gebu..

BAHAN-BAHAN
  • 300 g tepung gandum
  • 6 g instant yeast
  • 20 g mentega
  • 10 g gula halus
  • 1 camca teh bread improver (optional)
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 1/2 camca besar madu
  • 170 ml air
  • Sedikit tepung untuk ditabur
Topping:
  • 50g tomato puri
  • 2 sb sos cili <---campurkan dengan tomato puri.
  • cendawan butang dalam tin hiris nipis
  • 2 batang sosej ayamas hiris serong
  • lada benggala hiris nipis
  • kepingan ayam digoreng dengan sedikit halia, lada putih, garam dan sos tiram
  • 100g keju mozarella parut

CARA-CARA
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
  2. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  3. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan dulang, tabur dengan sedikit tepung. Ketepikan. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan canai 4 segi. Alihkan ke dalam dulang. Ratakan campuran tomato dan sos cili tadi dan susun bahan topping yang lain atasnya dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos cili.


2 Responses to "Square Pan Pizza"

Liza Says :
October 24, 2010 at 8:45 PM

mat gebu nie mmg bagi resepi best2, kawan2 liza kat oversea pun ramai yg follow mat gebu

emunnn Says :
October 25, 2010 at 7:41 AM

haah la kak liza..memang best2 resepi dia..xrugi mencuba..

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...