Kari Udang Dan Terung

Author: salju // Category: ,


sesekali try kari udang dengan terung plak..sedap jugak..jimat masa xperlu masak sayur dah..

hehe pemalas sungguh la hai owang ini kn...

slalu je tayang udang kan..kat sini udang murah jer.. segar pulak tu..al maklum la duk area dekat dengan pelabuhan ikan..huhu

emmm semalam pegi interview kerja lagi..kali ni dengan jkr pulak..harap2 la dapat..tp dah lari dari bidang kepakaran..ape2 pon cuba jaya..moga2 berjaya n xperlu melepak lama2 kat umah...aminnnnn...


BAHAN-BAHAN
  • 500g udang
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 10 biji cili kering*
  • 2 sb serbuk kari
  • 1 liter santan
  • 2 biji terung dipotong kecil
  • 1/2 inci halia*
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji cili merah
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 keping asam keping

CARA-CARA
  1. bersihkan udang, buang kepala dan janggutnya. tuskan
  2. kisar bahan bertanda *
  3. panaskan 2 sb minyak dan tumis bahan kisar, serbuk kari dan kulit kayu manis hingga pecah minyak
  4. masukkan santan dan biarkan mendidih barulah masukkan terung, asam keping dan cili merah yang dibelah 2.
  5. apabila terung empuk masukkan udang. kacau sekali sekala hingga udang masak.
  6. perasakan dengan garam secukupnya

1 Response to "Kari Udang Dan Terung"

Liza Says :
October 27, 2010 at 9:56 PM

aduhai, makin lapo perut nie

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...