Mix Vege Sausage Bun CMG was disobeyed..=)

Author: salju // Category:


Salam..dah lama x update kan.. bizi skit.. erkkk apela yang dibizikan ek..emm xlain x bukan pergi interview lagi..then..jawapannya tetap sama awak tunggu kami akan call nanti..huk3 i'm already impatience to wait too long bebeh..so nak mengisi masa lapang yang melambak tu masuk dapur kembali.. sweet kitchen! i'm back..hahaha

arini nak tayang roti sosej or dalam bahasa omputihnya dipanggil sausage bun.. tengok kat dapur CMG resepi ni..try la wat sendiri kan skali baru pahsan mix vege xde..tu la xtengok resepi btol2..kang dah trkurang bahan..so kena la tukar nama dia ni jadi sausage bun jer..=( kan dah derhaka dah tu..huhu ampunkan daku..dan jugak sos tomato ditukar dengan sos cili sebabb daku x suka sos tomato..wawawawa

pssstt cikmat sy paste kat sini yea resepi ni..

tapi ape2 pon memang best..sedap sangat! thanks cikmat..sesape nak cuba kat dapur cikmat ade direction step by step cara-cara nak bentuk bun ni..boleh klik kat sini yea..

buat 1 paket sosej ayamas tu dapat la 10 biji bun ni..

BAHAN-BAHAN DOH
  • 300 g tepung roti
  • 60 g gula halus
  • 5 g garam halus
  • 10 g susu tepung
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softerner
  • 2 camca teh instat yeast (mauripan)
  • 30 g telur (pecah kan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang)
  • 150 ml air
  • 30 g mentega

BAHAN-BAHAN LAIN
  • 8 batang sosej ayam ayamas, celur 5 minit, tos dan sejukkan <--- sy guna 10 batang
  • Mix vege secukupnya <--SY XLETAK PON
  • Sos tomato secukupnya <--SY LETAK SOS CILI
  • Mayonnaise secukupnya
  • Telur untuk disapu (baki 30 g tadi)

CARA MEMBUATNYA
  1. UNTUK DOH ROTI :- Campur semua bahan2 untuk dok kecuali mentega, gaul hinnga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (kurang lebih 15 - 20 minit). Bulat2kan dah, letak dalam bekas dan balut bekas tadi dengan plastik bersih, biar 1 jam hingga doh naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 dalam Bread Maker, pilih setting untuk "DOH", tekan "ON" dan tunggu hingga siap.
  2. UNTUK SAUSAGE BUN :- Keluarkan doh, tumbuk dan bagi kepada 8 bahagian sama besar (sy buat jadi 10 bahagian), bulat2kan doh dan biar doh rehat 10 minit. Ambil satu doh canai memanjang sama ukuran dengan sosej tadi. Balut sosej dan kerat kepada 4 bahagian sama besar, kemudian kerat lagi supaya mendapat 8 keratan (seperti dalam gambar).
  3. Pusingkan setiap belahan tadi ke kanan dan ke kiri sehingga mendapat bentuk macam dalam gambar. Alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Tekan sedikit roti, buat kaedah sama untuk baki doh dan sosej tadi. Biarkan 45 minit hingga naik.
  4. Sapu dengan telur, paipkan mayonnaise dan kemudian sos cili. Buat hingga siap. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebenuhnya sebelum dihidangkan..


sebelum letak sos dan mayonis



siap untuk dibakar!

2 Responses to "Mix Vege Sausage Bun CMG was disobeyed..=)"

shafifi Says :
October 20, 2010 at 10:00 AM

bestni,lapar plok tngk roti kak emun buat ni hu

emunnn Says :
October 20, 2010 at 12:42 PM

meh la kaklong mkn roti ni..hehe

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...