Sup Ayam Kampung

Author: salju // Category:



Assalamualaikum...

selamat pagiiii....

udah lama x update blog ni..winduu tp nak wat mcm mane keadaan x mengizinkan... sibuk skit campur x brape sihat..sibuk ke?? ye sibuk cari kerja.. tapi belom berjumpa jodoh dengan kerja..huhu sedih kan.. dah rasa x best tanam anggur lama2 ni... dah berbulan2 ni... tapi kawan aku lg lama..setaun dh dia xwat ape2..kira ok la kan aku ni..hehe sedapkan hati sndiri.. sup ayam ni untuk org x sihat...hehe memang best skali sekala dapat makan ayam kampung ni.. nak2 yang muda.. kalo yang tua liat x hengat...ada skali tu trsalah beli dpt yang warga emas kot..


BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ayam kampung muda
  • 1 bungkus rempah sup
  • 1 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 inci halia dititik
  • limau nipis
  • bawang goreng dan daun sup
  • 1 biji tomato
  • 1.5 liter air panas

CARA-CARA
  1. bersihkan ayam dan potong kecil2.
  2. tumiskan bawang putih dan rempah sup hingga wangi, masukkan ayam dan tumis hingga agak kering barulah masukkan air dan serbuk ketumbar. reneh dengan api perlahan hingga ayam empuk.
  3. potong bawang besar bulat2. tomato dibelah 4. goreng bawang bersama halia hingga kuning keemasan dalam kuali yang lain.
  4. setelah ayam empuk masukkan bawang yang digoreng dengan halia tadi. masukkan garam secukupnya dan reneh lagi.
  5. tutup api dan masukkan tomato. perahkan limau nipis.
  6. tabur bawang goreng dan daun sup masa menghidang
**kalo nak masukkan serai pon boleh.. sup ayam memang elok untuk orang demam.. nak lagi bahagian kepak.. sup kepak ayam je ke..

0 Responses to "Sup Ayam Kampung"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...