Jantungku Sudah Tidak Berguna Lagi

Author: salju // Category: , ,


Salam...

erkk kenapa jantungku sudah tidak berguna lagi?? sebab sudah dibuat lauk yang best ni..hoho

mengarut jela.. jantung manusia ni lalu ke nak makan? karnibal je reti makan..=)

tapi lauk ni memang klasik.. mane2 kenduri kahwin kat area sini memang akan ada lauk ni.. boleh dikatakan wajib jugak la.. xde xlengkap nanti hidangan untuk tetamu makan..tapi versi sekarang dah dicampur dengan kacang panjang..pon sedap jugak... yang original punyer memang x letak kacang panjang..

kadang terpikir jugak kan orang dulu2 boleh cipta macam2 resepi yang sedap dan menarik tanpa bahan-bahan mentah yang macam2 dan pelik2 serta berjela2 tapi yang penting rasa memang mantop!

satu lagi lauk ni xpenah jumpa lagi kat luar sana..hanya ada di area pantai timur je.. tapi xper sharing is caring, sy akan share kat sini so sape2 pon boleh try..lagipon kalo letak kat sini x ilang, kalo tulis kat buku kompen ilang..jadi sampah masyarakat nanti..hoho

panjang pulak bercerita..ok la tengok2 la erk resepi simple ni..terlupa pulak nama resepi ni..tula makcik ni nyonyok ckit..=) kat besut sini dipanggil teresek jantung pisang, kalo kat belah2 k.terengganu sane xsure la same x nama nya..kalo kat kelantan memang dipanggil same gak.. bahan utama gabungan dari ayam dan jantung pisang..kalo kat kenduri, ayam dimasak merah, so bahagian dalam ayam seperti hati dan sebagainya tu dimasak macam ni la.. bahan lebih kurang sama nak masak kari je..

BAHAN-BAHAN
  • 1 biji jantung pisang
  • 500g hati ayam dan ayam bahagian bertulang
  • 2 cawan santan
  • 2 sb serbuk kari
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 3 sb cili giling*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci kunyit*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1 keping asam keping
  • garam dan gula secukupnya

CARA-CARA
  1. bersihkan jantung pisang, belah dua dan hiris nipis separa bulat. rendam dengan air garam sekejap. lbh kurang 15 minit sementara siap sediakan bahan2 lain
  2. bersihkan ayam dan hati ayam, potong kecil2 (lebih kurang 1 inci)
  3. kisar bahan bertanda *
  4. tumis bahan kisar dan serbuk kari dengan sedikit minyak hingga naik bau dan masukkan ayam dan kacau sebati
  5. masukkan jantung pisang dan kacau hingga layu
  6. setelah jantung pisang layu masukkan santan dan asam keping. reneh hingga hampir kering. guna api sederhana je. dah hampir kering barulah masukkan garam dan sedikit gula secukupnya. biar hingga kering macam masak rendang baru angkat ye
  7. boleh dihidangkan, selamat menjamu selera!

p/s : jantungmu pisang ku puja selalu..hehe

0 Responses to "Jantungku Sudah Tidak Berguna Lagi"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...