BUBUR AYAM DAN CENDAWAN

Author: salju // Category: ,
kalo demam mesti tringin nak makan bubur kan..x kire la bli kat mcd ke kt kedai2 ke or yang rajin masak sndiri...tp kalo dah x sehat boleh ke nk msk2 bagai ni? yang nak diet pon boleh try this 1..memang menjadi bcoz i dah penah try diet tanpa nasi selama 2 bln...boleh turun 2 - 3 kg haaa! but diet care yang btol laa.. kadang2 memang akan buat bubur oat...even oat tu xsedap coz berlendir kan bila dah masuk dalam air panas...erkkk nak mkn pon xslera..tp bila dijadikan bubur gni memang rase dia lain..then timing kene la btol bile nak masukkan oat tu supaya tak overcook then jd berlendir yea..nacihat ni pada yang x suke rase oat laaa...macam i ni...huk3...
 
BAHAN-BAHAN
  • 3 genggam beras dibasuh bersih
  • 3 cawan air
  • 2 ketul peha ayam
  • 5-6 keping cendawan tiram disiat2   <--cendawan dipanggil keping ker?? belasah la ape2 pon..
  • sedikit cendawan enoki
  • 1 kiub pati bilis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • bawang goreng
  • ikan bilis goreng
  • secubit garam
  • daun sup

CARA-CARA
  1. masukkan beras, ayam dan air kedalam periuk/rice cooker. rebus hingga nasi hampir  masak. keluarkan ayam dan siat-siatkan
  2. masukkan lada hitam dan pati bilis kedalam nasi. rebus lagi sehingga nasi pecah2..ni tanda dah masak la nasi tu.. 
  3. bila nasi dah masak, masukkan garam secukupnya dan masukkan cendawan kacau kejap trus angkat yea..
  4. masukkan bubur kedalam mangkuk dan tabur dengan ayam yang disiat td, bawang goreng, daun sup dan bilis goreng.
**** pada yang nak try bubur oat plak, skipkan beras tu cume rebus ayam je hingga ayam masak..step lain sama je..bila nak masukkan oat??? k masukkan oat bila nak hidangkan kedalam mangkuk..bersama2 dengan bawang goreng n lain2 tu..

TIPS!! ---> banyak2 cendawan yang sy pernah cuba la kan untuk masak bubur ni, gabungan cendawan enoki dan cendawan tiram la yang paling sedap... cendawan shitake memang x brape sedap letak dalam bubur ni..kalo fungus/ telinga kera yang hitam dan kaler putih tu pon sedap juge.. but i prefer cendawan tiram..

1 Response to "BUBUR AYAM DAN CENDAWAN"

*rosshafifi* Says :
October 4, 2010 at 11:52 AM

bestnya kak imun
ase nak balik makan je hu

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...