GRILLED BURGER WITH BLANKET??

Author: salju // Category:


Berger berselimut??? hehe berger ni sejuk kot...first time tgk berger ni mmg jakun laa..biasenyer telor tu dorang wat balut daging berger kan...tp yang ni telur ade kt dalam dan siap wat selimut lg tueee...emm mkn berger ni kt satu kedai kt mlaka waktu blaja dulu2... then skrg dah x duduk kt mlaka jd kene la wat sendiri yea berger selimutnyer...untuk daging berger tu kalo xnak grill pon xpe..just goreng dalam pan jer dengan sikit minyak... resepi untuk daging berger ni pi skodeng kt dapur sue..tp dah diubah suai skit..maap bebyk ye sue..

BAHAN-BAHANNYA:
  • 6 bun burger
  • hirisan timun
  • hirisan tomato
  • salad
  • kepingan keju
  • cili sos dan mayonis
  • 3 biji telur dipukul sedikit dengan garfu

UNTUK DAGING:
  • 250 gm daging lembu/ayam cincang *
  • 1 biji bawang besar - dicincang *
  • 1/2 sk serbuk lada hitam * <--- sue gune lada sulah
  • 2 st garam halus *
  • 2 sb minyak jagung *

SOS BLACKPEPPER:

  • 1 sk tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • 1 biji tomato dibuang kulitnyer dan dihancurkan
  • 3 sb sos lada hitam
  • 1 sb sos cili
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  • 1 inci halia ditumbuk lumat


CARA-CARANYA:

  • UNTUK DAGING: Campurkan kesemua bahan yang bertanda * kedalam magkuk besar, gaul sehingga rata. Ambil segengam campuran daging tadi, bentukkan seperti bebola besar dan kemudian leperkan.

  • UNTUK SOS BLACKPEPPER: Tumis bawang putih dan halia dengan sedikit minyak hingga naik bau dan masukkan bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga pekat. angkat dan sejukkan.

  • Grill kepingan daging tadi atau boleh juga gunakan kuali leper non-stick dengan sedikit minyak sayuran, gorengkan daging tadi sambil dibalik-balikkan sehingga daging masak dan goreng sehingga habis kesemua daging tadi. kalo grill xperlu garing yea rase daging yang berjus tu lg sedap.
  • Panaskan kuali leper, Belah dua bun dan sapu sedikit mentega dan letakkan bun di dalam kuali leper. biar sebentar hingga sedikit garing dan angkat.
  • Susunkan pula bahan hiasan pada bun tadi, letakkan juga daging dan cili sos serta mayonis dan kepingan keju.
  • UNTUK SELIMUT: panaskan kuali leper, masukan sedikit minyak, rata kan telur didalamnye macam mebuat telur dadar tp biar nipis jea ye..balikkan agar kedua2 belah masak. angkat dan letakkan diatas burger yang dah siap. hias kat atas telur dengan mayonis dan sos blackpepper.
  • Sedia untuk dihidangkan.



1 Response to "GRILLED BURGER WITH BLANKET??"

emunnn Says :
July 20, 2010 at 5:35 PM

hurmm sori laa tulisan kecik besar xleh nk adjust dah..xtau knape..

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...