KERABU SOTONG

Author: salju // Category: ,
slownyer brukband mlm ni..huhu hampir2 dh putus asa nak tunggu upload picture kang main lg lame... akhirnyer dpt gak masukkan gambar..kalo xde gambar mane bes kan..x boleh nak bayang cmne ghuper kan.. resepi ni dapat dari myresepi..tuan punyer mutiarazura..kerabu ni memang sedap..selain tu menyihatkan yea..kadang2 perlu juge makan secara sihat dan kurang lemak..jom layan resepi ni..

BAHAN-BAHAN:
  • 300 gm sotong – potong cincin
  • 1 ulas bawang besar – dihiris nipis
  • 5 urat kacang panjang – dipotong nipis 
  • 1 biji tomato – dipotong kecil
  • 1 batang serai – dihiris halus
  • 1 biji cili merah – dihiris
  • 5 biji cili api – diketuk dan cincang kasar
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 ½ biji limau nipis
  • Segenggam daun ketumbar
  • Gula nira (Kelantan) atau gula Melaka atau gula merah yang telah dicairkan dengan air – secukup rasa
  • Garam secukup rasa 


CARA-CARA
  1. Sotong direbus dahulu hingga masak. angkat dan toskan. simpan air rebusan 2 sudu untuk dicampur bersama bahan lain.
  2. Bancuh gula, sos ikan dan garam terlebih dahulu. Kemudian masuk semua bahan lain termasuk sotong. Perah limau nipis. Gaul rata dan rasa supaya dapat balance masam, manis dan masin mengikut selera. 
*** sukatan untuk bahan boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Secret ingredient untuk kerabu ini ialah gulanya, jangan pakai gula putih. rasenyer memang berbeza..



2 Responses to "KERABU SOTONG"

zino Says :
August 1, 2010 at 10:03 AM

salam kenal.. tq follow blog zino.. tapi tak nampak jejak pun hehe

emunnn Says :
August 2, 2010 at 12:52 AM

salam.. opss lain kali jejak lg sampai nmpk jejak k..hehe

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...