SINGGANG ASAM PEDAS TERENGGANU

Author: salju // Category:

Singgang asam pedas ni sebenarnye belajar dari mak.. berbeza dengan singgang biasa..ade 2 stail...resepi asal dari kelantan masukkan tempoyak tp yang dkt2 border klantan ni x letak tempoyak yea...kalo buat pakai ikan air tawar mmg lg bes...kalo ade belimbing buluh boleh gantikan asam keping dengan nya erk...lg sedap tau..

BAHAN-BAHAN:
  • 3 ekor ikan saiz sederhana  <---ape2 jenis ikan jenis bersisik, sy gune ikan kerisi
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 sb ketumbar disangai dan ditumbuk halus
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 inci lengkuas 
  • daun kesom
  • 1 keping asam keping
  • secukupnya cili padi
  • 2 cawan air <---boleh tambah kalo nk kuah yang byk
  • secubit garam

CARA-CARA:
  1.  bersihkan ikan dan potong dua. basuh dengan perahan limau untuk hilangkan hanyir ikan
  2. Lengkuas, kunyit, bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat. masukkan air kedalam periuk  dan masukkan bahan yang ditumbuk. masukkan ketumbar, asam keping dan serai.
  3. didihkan diatas dapur menggunakan api kecil je..renihkan hingga mendidih sebentar
  4. masukkan ikan, daun kesom dan cili padi yang diketuk sedikit
  5. masukkan garam. bila ikan dah masak dan dah cukup rase boleh lah diangkat.
  6. selamat menjamu selera...



0 Responses to "SINGGANG ASAM PEDAS TERENGGANU"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...