DONAT dulce de leche

Author: salju // Category:
Donat ni dapat ilham dari resepi donat suria..tp gula dah dikurangkan dan diletakkan dulce de leche..memang sedap sgt..xperlu tabur gula lg kt donat tu sebab dulce de leche ni dah manis.. jenguk2 dapur mat gebu trnampak donat ni...tringin nak cuba...donat ni lembut sgt even dah sejuk..teksturnye juga halus..mase nak goreng tu pon boleh rase adunan nye ringan.. anak2 buah memang suke sgt mkn donat ni..sebelum ni penah je buat donat byk kali jugak la tp belum dpt lg yang selembut ni... kalo nak tgk resepi asal boleh ke dapur mat gebu dan fotopage kak hanieliza yea..

BAHAN-BAHAN:
  • 500gm tepung gandum diayak
  • 3 sudu besar shortening
  • 2 sudu besar gula 
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 200ml air suam
  • 2 sk instant yis (mauripan)
  • secubit garam

CARA-CARA:
  1. yis dicampur dengan air suam dan dikacau hingga larut..biarkan sebentar
  2. tepung gandum, shortening, gula, susu tepung dan garam dicampur dalam mangkuk dan digaul sehingga sebati
  3. tuangkan yis yang sudah dilarutkan tadi sikit-sikit, kalau keras boleh tambah air suam lg..tambah sikit-sikit ye.. uli sehingga adunan licin lebih kurang 15 minit. rehatkan doh selama 30 minit untuk doh naik.
  4. tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. doh dileperkan setebal 1 cm, terap dengan acuan donat. buat sampai abes..
  5. biarkan selama 15 minit atau naik dua kali ganda. 
  6. boleh lah digoreng dengan minyak yang banyak hingga warna keemasan. guna api sederhana je.
  7. sejukkan dan bolehlah dipicitkan dulce de leche diatasnya..

UNTUK DULCE DE LECHE:
  • 1 tin susu jenis condensed milk.. yang jenama F&N ada.. buang pembalutnya.. masukkan rack dalam periuk..letakkan tin susu dalamnya..isikan air hingga melitupi tin susu..rebus selama 3 jam..sentiasa jaga airnye supaya tidak kering yea..dah masak biarkan sejuk baru buka tin tu..lagi lanjut kt dapur wendy yea..boleh tgk kt ctu..






2 Responses to "DONAT dulce de leche"

BUJANG SUSAH Says :
July 26, 2010 at 11:10 PM

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

Blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis dan memberi info.. Semoga sejahtera dan sentiasa diberi keberkatan olehNya.. wassalam.

emunnn Says :
July 27, 2010 at 1:44 PM

w'salam..tq bujang susah for the info and visiting my blog.. =)

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...