PUDING GULA HANGUS BEST

Author: salju // Category:
walaupon rupamu x cantik..tp tetap menjadi pojaan hatiku..hahaha ni la puding gula hangus yang terhangus..resepi asal dapat dari myresepi.. susu cair boleh ditukar dengan susu pekat tetapi teksturnya x secantik yang guna susu cair yea! simpan dalam peti ais dulu baru melantak baru best..

BAHAN-BAHAN
  • 4 biji telur
  • 1 tin susu cair IDEAL
  • 1 camca teh esen vanila
  • 4 sudu besar gula

CARA-CARA

  1. 1 sudu besar gula atau lebih (kalau nak kuah banyak) dicairkan di dalam loyang hingga berwarna keperangan. Loyang saiz diameter dalam 15 cm. (Kalau nak nampak kecil dan tinggi pilih la loyang yang bersaiz kecil).
  2. Blender telur, susu cair, esen vanila dan gula (3 sudu besar) hingga sebati.
  3. Tapiskan bahan yang diblender di dalam loyang yang ada gula hangus. Kukus dalam api yang sederhana selama 20 minit.
  4. Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan.


2 Responses to "PUDING GULA HANGUS BEST"

sal Says :
August 1, 2010 at 7:41 PM

Emun, ini mmg akak punya fav...lama dah tak buat! Emmmm...

emunnn Says :
August 2, 2010 at 12:46 AM

owh yeke kak sal..hehe..same ler.. ekceli seme puding sy suke..

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...