BISKUT AISKRIM FANCY

Author: salju // Category:

Biskut aiskrim ni kalo pakai penerap bentuk lain dah x jadi biskut aiskrim la kan? boleh dapat banyak biskut untuk resepi dibawah ni dengan 250gm coklat masakan untuk dicelup aiskrim ni..so sesape nak try boleh cuba setengah dulu laa.. kang terbanyak ssh plak nak ngadap biskut ni je..ade gak gugel resepi lain tapi ada jugak yang campur skali tepung kentang.. x pernah cuba lagi..nanti nak try jugak ingredient yang berbeza.. 
my style biase buat dulu then simpan dalam bekas kedap udara dulu barulah celup skali nga almond london..senang keje skali harung comot..hehe my niece suke biskut ni tapi yang hampehnya die makan hiasan tu je..biskut tu die buang..kuang asam tol  la..haishhhh..


BAHAN-BAHAN

  • 520gm mentega
  • 240gm gula ising
  • 640gm tepung gandum
  • 120gm tepung jagung
  • 80gm tepung kastard
  • 1 sk serbuk penaik 
  • pewarna kuning telur
  • 100gm kacang tanah/badam/hazel/gajus yang telah dipanggang dan dikisar
  • coklat masakan dan chocolate rice untuk hiasan

 

CARA-CARA

  1. pukul mentega, gula ising dan pewarna kuning telur hingga kembang
  2. masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard dan serbuk penaik, gaul sebati hingga menjadi doh
  3. canai dan terap dgn acuan aiskrim dan bakar dengan suhu 175C selama 15 minit
  4. coklat dicairkan menggunakan kaedah double boil, tambah 1 sudu shortening untuk bagi coklat nampak berkilat
  5. sejukkan biskut sebelum dicelup kedlm coklat masakan yg telah dicairkan dan hiaskan dgn chocolate rice.



2 Responses to "BISKUT AISKRIM FANCY"

Anonymous Says :
September 8, 2010 at 12:09 AM

telur ble nk letaknyer??

emunnn Says :
September 8, 2010 at 12:57 AM

salam..cik anon saye x letak telur pon.. memang biskut ni x letak telur..ooo mungkin cik kompius tang pewarna kuning telur tu kot..tu cuma pewarna bukan kuning telur yang kita guna..xpe2 bgs la bertanye.. thanks dtg cni..=)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...