KUEY TEOW GORENG SEPOI-SEPOI BAHASA

Author: salju // Category:

Erkkk..sesuka hati aku jer bagi nama kat kuey teow goreng nih..hehe Bile dah tgh malam kan..perut lapar memang selongkar peti ais cari ape2 je yang boleh dimakan..xkan nak makan meggi plak..huhu xboleh2 xelok tau! wax nya susah hadam dan amik masa 2 hari untuk hilang..btol ke? btol la kan.. so terjumpa la 2-3 paket kuey teow..memang mak aku bli wat stok bile dah terdesak goreng jerk..hehehe cam aku ni.. sebab dah lapar masak sesimple yang mungkin..tapi sedap jugak la boleh try sape nak try yea..tapi..tapi kuey teow kerang jugak la yang terbaik..huhu mane nak cari kerang memalam buta nih..isk3..kempunan! 

BAHAN-BAHAN
  • 1 paket kuey teow 
  •  sekeping dada ayam dipotong kecil
  • 1 ulas bawang besar dihiris
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 biji cili merah/secukupnya cili padi kalo nak pedas
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • kicap pekat
  • sayur sawi
  • 1/2 cawan air 
  • secubit garam

CARA-CARA
  1. gaulkan ayam dengan 1 sudu sos tiram dan sedikit garam, goreng hingga masak dan ketepikan dulu. xperlu garing
  2. tumis bawang putih hingga kekuningan dan kemudian masukkan bawang besar. goreng hingga layu dan masukkan pula sos tiram dan sos cili, kacau rata. masukkan sayur dan ayam, kacau rata hingga sayur layu.
  3. masukkan air, garam dan kicap. kemudian masukkan kuey teow dan kacau hingga sebati. bolehla angkat dan hidangkan..




0 Responses to "KUEY TEOW GORENG SEPOI-SEPOI BAHASA"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...