KEK COKLAT MOIST SIMPLE

Author: salju // Category:

salam.. dah lama x update n3..huhu nak wat camne brukbend ni sooooooo sloww..jom try kek coklat moist pulak..kek ni sungguh moist lepas disimpan 1 hari.. kek ni memang kesukaan ramai..kalo buat sekejap je habis..nak buatnye pon senang..simple sg dan dikukus je..kek yang dikukus kebiasaannya memang lebih sedap dari yang dibakar..mase raye aritu adik amik tempahan kek ni.. untuk rase coklat yang lebih pekat guna la serbuk koko jenama van houtten.. 


BAHAN-BAHAN
  • 1 cawan tepung naik sendiri (self rising)
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 cawan air panas
  • 1//2 cawan milo
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat

CARA-CARA
  1. satukan tepung, serbuk koko, milo, gula dan soda bikarbonat dalam mangkuk adunan
  2. tuangkan minyak dan kacau sebati. 
  3. masukkan pula air panas dan kacau sebati lagi.
  4. masukkan pula susu pekat dan kacau.. masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau sebati.
  5. griskan loyang dengan minyak dan alas dengan kertas minyak.. tuang adunan kedalam loyang. 
  6. kukus selama 45 minit / hingga masak.
  7. pastikan air dalam pengukus mendidih barulah boleh mula mengukus yea.

UNTUK HIASAN
  • 125gram coklat masakan
  • 3 sudu besar susu cair
  • badam flake
  • manik warna warni
cairkan coklat mengunakan kaedah double boil  dan tuang diatas kek yang telah disejukkan ataupun suam2 kuku.. susun badam dan tabur manik warna warni

0 Responses to "KEK COKLAT MOIST SIMPLE"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...