KACANG PANJANG BERSOS TIRAM

Author: salju // Category:

lauk untuk berbuka yg simple jer..sayur kacang goreng dan asam pedas kepala ikan, ade gak kuih2 tapi mls nak masukkan kat sini.. biskut raya pon dah siap semua tinggal nak buat kek je lagi.. yei2 nak raye..nak raye..haha kalah budak2..

BAHAN-BAHAN
  • 10 batang kacang panjang
  • 1 keping dada ayam dipotong kecil
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 ulas bawang besar dipotong bulat
  • 1 ulas bawang putih diketuk
  • 2 - 3 biji cili padi

CARA-CARA
  1. ~ayam dengan sedikit cili giling dan garam. goreng dengan minyak sedikit sebentar. ketepikan dulu.
  2. ~tumis bawang putih, masukkan cili giling, tumis hingga garing, masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. kacau rata
  3. ~masukkan kacang panjang, cili padi, bawang besar dan ayam. kacau lagi hingga kacang layu sedikit. bolehlah angkat yea..


0 Responses to "KACANG PANJANG BERSOS TIRAM"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...