NASI AYAM MADU

Author: salju // Category: ,

salam dan selamat petang.. sekali sekala masak nasi ayam pon best jugak kan.. xperlu la masak lauk segala bagai..senang kerja.. kali ni masak nasi ayam yang mana ayam tu ayam bakar madu.. rasa manis-manis madu pada ayam tu memang menambahkan lagi selera makan..hai dah la pas raye ni makin berat timbangan..haha layan jelaa.. tambah cikit je berat badan..xpe kot.. 

BAHAN-BAHAN
 
untuk nasi:
  • 1 cawan beras
  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit garam
  • air rebusan ayam secukupnya
  • daun pandan

bahan perap untuk ayam:
  • 1 ekor ayam
  • 2 inci halia ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar sos tiram

untuk  sos:
  • 5 biji cili merah
  • 1 biji tomato masak
  • 1 mangkuk air rebusan ayam
  • 1 biji limau nipis
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia muda

hiasan:
  • daun salad
  • tomato
CARA-CARA
  1. rebus ayam dengan 2 liter air hingga separuh masak. keluarkan ayam tersebut dan perap dengan bahan perap untuk ayam seperti madu, halia,bawang putih dan sos tiram serta garam selama sejam.
  2. untuk nasi : basuh beras dan tuskan. tumis bunga lawang,halia dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan beras, masukkan secukupnya air rebusan ayam serta secukupnya garam dan masak nasi dengan rice cooker hingga masak. boleh masukkan daun pandan untuk nasi yang lebih wangi.
  3. untuk sos: blend semua bahan kecuali limau nipis. perahkan limau nipis secukup rasa. 
  4. panaskan ketuhar 200C dan grill ayam selama 45 minit / hingga masak.
  5. untuk sup: lebihan air rebusan ayam dididihkan dan dimasukkan bawang dan 1 bungkus sup bunjut. reneh sup hingga masak dan masukkan garam dan bahan perisa secukupnya. tabur bawang goreng setelah diangkat.
  6. hidangkan nasi dengan ayam dan sup serta hias dengan daun salad dan tomato

2 Responses to "NASI AYAM MADU"

izyanty collection Says :
September 21, 2010 at 4:43 PM

nampak sedap sangat, nak cuba buat lah,thank's for resepi.

kita simpan link awk kat blog baru kita. kategori resepi

http://izyantyshop.blogspot.com

emunnn Says :
September 21, 2010 at 7:01 PM

thanks kak izyanty..

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...