BISKUT SEMPRIT

Author: salju // Category:

adik beradik dengan biskut dahlia ni..tu yang bergambar sama2.. hehe sebenarnya buat skali harung dengan biskut dahlia ni.. resepi pon lebih kurang sama je..

BAHAN-BAHAN
300 g mentega
160 g gula icing
2 biji kuning telur
1 st esen vanila
240 g tepung gandum
100 g tepung jagung
160 g tepung kastard

manik untuk hiasan

CARA-CARA
  1. pukul gula dam mentega hingga hingga kembang, masukkan esen vanilla dan telur, teruskan memukul.
  2. masukkan sedikit demi sedikit ketiga2 jenis tepung yang telah diayak sehingga membentuk doh yang lembut
  3. alaskan dulang dengan kertas minyak, gunakan acuan biskut semprit dan pamkan kedalam dulang yang telah dialas tadi.potong dalam 3 cm.. tabur manik warna warni..
  4. bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 175 darjah celcius selama 10 minit bergantung kepada oven yea
  5. biarkan seketika barulah dialihkan keatas jaring untuk sejukkan nya supaya biskut x pecah.. 

0 Responses to "BISKUT SEMPRIT"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...