ASAM PEDAS KEPALA IKAN

Author: salju // Category:

salam ramadhan semua.. emm bulan puase ni banyak je masak asam pedas sebab senang n berselera sikit makan berbanding masak lemak.. asyik berlemak je kan ade yang x muat baju raye nanti..ekekekeke.. lagi satu masak sup dan air asam jer..simple.. yang kat atas ni kepala ikan ape tah..tp boleh tahan la besornya.. my dad la tu suke sangat mkn kepala ikan... i pon tompang la sekaki..asam pedas ikan ni dah bergabung dengan asam pedas terengganu mghasilkan rase yang sedap.. =) tambah bendi n bunga kantan memang sedap wooo... then masak sejam xpon 2 jam sebelom berbuka memang lah best sebab ikan tu dah serap rase2 dari kuah tu.. xde la ikan tu tawar jer..

BAHAN-BAHAN
  • 2 keping kepala ikan yang dah dibelah dua
  • 6 ulas bawang merah*
  • 7 tangkai cili merah*
  • 4 ulas bawang putih diketuk
  • 5 tangkai cili padi*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 sudu besar ketumbar*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci halia*
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 batang bunga kantan dibelah dua
  • bendi
  • daun kesom
  • air asam jawa + air secukupnya

CARA-CARA
  1. ~kisar bahan bertanda *. tumis bawang putih hingga kekuningan dan kemudian tumis pula bahan kisar hingga wangi, masukkan serai, air asam jawa dan air secukupnya. biarkan mendidih. 
  2. ~masukkan ikan, daun kesom, bendi dan bunga kantan. biarkan mendidih hingga ikan masak..
  3. masukkan secukupnya garam dan bolehlah angkat..

0 Responses to "ASAM PEDAS KEPALA IKAN"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...