CHOCOLATE OAT COOKIES

Author: salju // Category:

salam.. rase sekejap je mase berlalu..ni dah nak akhir ramadhan.. yeehuuuuuuuuuu nak raya dah..taun ni create satu resepi baru guna variasi dari oat dan coklat..for those yang really luv coklat akan suka biskut ni..as requested from my mum..beliau nak biskut yang ada oat..jadi sy gabungkan kedua2 nya.. kejadiannya gebu.. memang best..bila dah siap tu siap bawak satu dulang bagi mak rase.. mesti kena testing dulu sedap ke tak baru boleh publish kan..hehe nasib baiklah mak cakap sedap dan gebu.. seronok sgt..pastu xtau nak letak nama ape..yang paling simple letak nama chocolate oat cookies kan sebab ade oat dan coklat..senang citer.. (,")

BAHAN-BAHAN

* 400gm marjerin
* 1 biji putih telur
* 200g gula icing
* 1/2 st esen vanilla
* 2 sk susu tepung
* 350g tepung gandum
* 100g tepung jagung
* 100g tepung kastad
* 50g serbuk koko
* 100g oat dikisar halus
* hiasan: kuning telur dan manik warna warni


CARA-CARA

1. mentega dan gula dipukul hingga kembang, masukkan putih telur dan esen vanilla. pukul lagi hingga sebati.
2. masukkan serbuk koko dan gaul sebati.
3. masukkan pula oat yang telah dikisar halus, kacau sebati
4. satukan semua jenis tepung dan ayak dahulu barulah dimasukkan sedikit demi sedikit hingga membentuk doh yang lembut.
5. canai doh dan terap dengan acuan bentuk bunga. sapukan kuning telur sedikit ditengah2 biskut dan tabur manik
6. panaskan oven pada suhu 175C bakar biskut selama 15-20 minit bergantung kepada jenis oven.


p/s suke sgt buat experiment..


2 Responses to "CHOCOLATE OAT COOKIES"

emunnn Says :
September 7, 2010 at 4:31 PM

hehe..time kasih mira..

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...