Ayam Goreng Hot and Spicy

Author: salju // Category:



kali ni cuba resepi ayam goreng best ni..hurmm memang best sgt.. amik resepi ni kat myresepi..boleh tengok kat sini..tips untuk ayam yang rangup tapi xterlalu keras dan kering ialah goreng ayam hingga tepung nampak garing then angkat..panaskan oven 200C dan bakar ayam selama 30 minit..ayam akan lebih berjus macam ayam kfc tau..kalau goreng jer dengan minyak hingga masak luarannya akan keras dan dalam pon x berjus/lembab @ x sesedap ayam goreng kfc/mcd..

BAHAN-BAHAN

Bahan Untuk Perap Ayam

  • 6-8 ketul ayam
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa
    Bahan untuk tepung
  • 2 cawan tepung jagung
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa
    Bahan untuk mencelup ayam
  • 1 biji telur dipukul sedikit

Cara-cara

  1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
  2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
  3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
  4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
  5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

4 Responses to "Ayam Goreng Hot and Spicy "

Liza Says :
September 27, 2010 at 9:29 PM

kalau ramai tau ni, tutup lak kfc kan? thanks for the recipe

emunnn Says :
September 27, 2010 at 9:39 PM

ha'ah liza.. xsangka resepi ayam ni sedap.. xsia2 cuba..pasni lingkup la kfc..ekekekeke

izyantyPersonalTaste Says :
September 28, 2010 at 9:55 AM

nak cuba buat gak lah...pas nie xlayan dah KFC hehehhe..

emunnn Says :
September 28, 2010 at 12:39 PM

izyanty>>cuba jgn x cuba..hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...