LEMAK PUTIH PUCUK PAKU DAN KELEDEK

Author: salju // Category: ,


salam..selamat malam..baru dapat nak masukkan n3..macam biasa la internet prob..huhu ok arini nak tayang sayur lemak pucuk paku dengan keledek.. makan pulak dengan ikan bakar, memang terangkat habislaaaa.. seperti biasa masakan terengganu ni mesti lain sikit dari luar kan.. boleh tengok resepi cmg kat sini haa..saya dah cuba dua2 jenis, yang letak ikan bilis dengan yang letak ikan rebus..dua2 sedap dan mempunyai rasa yang tersendiri...ceeewah mcm pengkritik la plak..hehe ok la kite tengok resepi yang simple ni yea..


BAHAN-BAHAN
  • 3 ketul keledek bersaiz kecil
  • seikat pucuk paku
  • 2 cawan santan
  • 2 ekor ikan selayang
  • 1 biji cili merah
  • 1 ulas bawang besar
  • garam secukupnya

CARA-CARA
  1. bersihkan keledek dan potong bulat setebal 1/2 cm. rebus keledek hingga empuk
  2. rebus ikan dan amik isi. hancurkan
  3. bawang besar dan cili dihiris. masukkan kedalam periuk bersama santan dan ikan
  4. reneh diatas api sederhana hingga mendidih
  5. masukkan dan keledek dan pucuk paku. masukkan garam secukupnya. masak sebentar je pucuk paku untuk elakkan jadi lembik dan kaler jadi lebam.
  6. bolehlah diangkat.

2 Responses to "LEMAK PUTIH PUCUK PAKU DAN KELEDEK"

wana Says :
September 26, 2010 at 11:17 PM

Fuh... lamanya tak makan lauk ni!!! teringat nak balik kampung pulak!!!

emunnn Says :
September 26, 2010 at 11:32 PM

haaa wana yeke..hehe kampung wana kat mane?

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...