KARI AYAM DAN TERUNG

Author: salju // Category: ,


salam..dah lama x update n3..hehe bkn sibuk tapi internet x dapat nak upload gambar..resepi tanpa gambar mesti x best kan.. ok la kali ni masak kari ayam dan terung.. guna terung bulat yang kecik-kecik tu..sedap! rasa yang berbeza dengan terung yang panjang tu..ape ek nama terung ni? ntah la xtau main guna jer..hehe

BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ayam dipotong kecil
  • 8 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 2 sudu besar serbuk kari adabi
  • 1 keping asam keping
  • semangkuk terung bulat
  • 1.5 liter santan dari sebiji kelapa
  • 1 batang kulit kayu manis

CARA-CARA
  1. kisar bahan bertanda hingga halus
  2. panaskan sedikit minyak didalam periuk dan tumis bahan kisar dengan sedikit minyak. masukkan juga kulit kayu manis
  3. bila dah naik bau masukkan cili giling serta serbuk kari dan tumis lagi hingga hampir garing.
  4. masukkan ayam dan asam keping. kacau rata. biarkan ayam mendidih dan empuk
  5. masukkan santan dan terung apabila ayam empuk. biarkan mendidih dengan api sederhana hingga terung masak. masukkan garam secukupnya dan bolehlah angkat.



4 Responses to "KARI AYAM DAN TERUNG"

NICK IRFAN Says :
September 25, 2010 at 10:52 PM

wah! sedapnyer!! nnt nk try la...

emunnn Says :
September 26, 2010 at 1:23 AM

iye..cuba la nick irfan.. mmg sedap.. =)

Liza Says :
September 26, 2010 at 9:37 PM

thanks for the recipe, nak cuba this weekend insyallah

emunnn Says :
September 26, 2010 at 10:29 PM

sama-sama liza..

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...