Kuey Teow Kerang

Author: salju // Category: ,


salam..


kuey teow goreng lagiiii...hehe memang hantu kueyteow kan... kali ni kuey teow kerang pulak.. resepi biasa2 jer..tapi nak masukkan jugak kat sini..hmmm xtau la kuey teow ni ada effect x kalau makan selalu.. yang pasti sedap xkesah la ade pengawet ke x.. tambah lagi kalo ada kerang..hurmmm xterkata...

BAHAN-BAHAN
  • 1 paket kuey teow (500g)
  • 1/2 kg kerang direbus dan amik isinya bersama 2 sudu besar air rebusan
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan cili kering yang dikisar
  • 4 biji cili padi siam (kalo boleh yang muda/hijau)
  • sayur sawi
  • limau nipis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu besar kicap

CARA-CARA
  1. tumbuk bawang merah bersama cili padi hingga lumat. tumis bawang putih hingga kekuningan kemudian tumis pula bahan yang ditumbuk hingga wangi. masukkan cili, tumis lagi.
  2. masukkan sos tiram dan kacau rata
  3. masukkan sayur dan kerang. kacau hingga sayur layu.
  4. masukkan kuey teow dan kicap. masukkan garam secukupnya. kacau hingga kuey teow masak.

0 Responses to "Kuey Teow Kerang"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...