Sup Cendawan

Author: salju // Category: ,


salam..slamat pagi! dah sarapan ke?

ermm pagi2 gni xde bnda nak cite.. otak blurr tapi orang kata pagi2 gni otakk fresh..

memang la fresh tp tu dulu mase blaja dulu bangun pagi2 memang fresh otak.. tapi sekarang otak dah berkarat..huhuhu asal bangun dari tidur je blurrr...


BAHAN-BAHAN
  • 200g cendawan tiram
  • 3 ketul ayam dipotong kecil2
  • 1 paket rempah sup bunjut
  • 1 labu bawang besar hihiris bulat
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • bawang goreng
  • 1 inci halia diketuk
  • 3 cawan air
  • garam secukup rasa

CARA-CARA
  1. panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan. masukkan rempah sup bunjut. tumis lagi dan masukkan ayam. kacau rata dan masukkan air. reneh ayam hingga empuk
  2. masukkan bawang. biar layu barulah masukkan cendawan. masukkan garam secukupnya.
  3. bila nampak cendawan layu sedikit boleh lah angkat x perlu tunggu lama nanti cendawan jadi lembik xsedap. untuk pekatkan kuah boleh masukkan bancuhan tepung jagung.
  4. hidangkan dan tabur bawang goreng.

0 Responses to "Sup Cendawan"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...