BISKUT DAHLIA

Author: salju // Category:

Skali lagi buat biskut dahlia tapi yang x kaler hijau dah..yang ni kaler kuning.. resepi yang sama macam dahlia hijau yang sebelum ni.. sebelum ni buat biskut pakai tepung kastard jenama bird custard tu tapi kaler kuningnya pucat skit dibandingkan dengan jenama nona..so sape2 yang nak biskutnya kaler kuning yang cantik tanpa perlu letak dah pewarna kuning gunalah  kastard  powder jenama nona..hehe tolong promote untuk nona.. bukan dapat ape pon tapi boleh la dapat biskut yang kaler kuning cantik.. (,") biskut ni senang je nak buatnya.. picit2 pas2 letak ceri dah siap..berbanding dengan biskut lain yang rumit2..tapi pada saya biskut ni manis..jadi sy kurangkan dalam 10gram gtu.. ok la paste skali lagi resepi ni xpon boleh gak pi tengok yang kaler hijau tu..

BAHAN-BAHAN
 
300 g mentega
140 g gula icing
2 biji kuning telur
1 st esen ros/esen vanila
240 g tepung gandum
100 g tepung jagung
160 g tepung kastard
  <--sy guna kastard powder nona
ceri merah untuk hiasan

CARA-CARA
  1. ~pukul gula dam mentega hingga hingga kembang, masukkan esen ros/vanilla dan telur, teruskan memukul.
  2. ~masukkan sedikit demi sedikit ketiga2 jenis tepung yang telah diayak sehingga membentuk doh yang lembut
  3. ~alaskan dulang dengan kertas minyak, gunakan acuan biskut dahlia dan pamkan kedalam dulang yang telah dialas tadi. letakkan ceri diatasnya.
  4. ~bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 175 darjah celcius selama 15 minit bergantung kepada oven yea
  5. ~biarkan seketika barulah dialihkan keatas jaring untuk sejukkan nya supaya biskut x pecah..



0 Responses to "BISKUT DAHLIA"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...