kali ni cuba resepi ayam goreng best ni..hurmm memang best sgt.. amik resepi ni kat myresepi..boleh tengok kat sini..tips untuk ayam yang rangup tapi xterlalu keras dan kering ialah goreng ayam hingga tepung nampak garing then angkat..panaskan oven 200C dan bakar ayam selama 30 minit..ayam akan lebih berjus macam ayam kfc tau..kalau goreng jer dengan minyak hingga masak luarannya akan keras dan dalam pon x berjus/lembab @ x sesedap ayam goreng kfc/mcd..
sumber: blogresepi from myresepi
BAHAN-BAHAN
Bahan Untuk Perap Ayam
- 6-8 ketul ayam
- 3 ulas bawang putih ditumbuk
- Sedikit garam
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu kecil lada hitam
- Secubit baking powder
- Secubit serbuk perasa
Bahan untuk tepung - 2 cawan tepung jagung
- 3 ulas bawang putih ditumbuk
- Sedikit garam
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu kecil lada hitam
- Secubit baking powder
- Secubit serbuk perasa
Bahan untuk mencelup ayam - 1 biji telur dipukul sedikit
Cara-cara
- Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
- Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
- Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
- Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
- Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
- Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
kalau ramai tau ni, tutup lak kfc kan? thanks for the recipe
ha'ah liza.. xsangka resepi ayam ni sedap.. xsia2 cuba..pasni lingkup la kfc..ekekekeke
nak cuba buat gak lah...pas nie xlayan dah KFC hehehhe..
izyanty>>cuba jgn x cuba..hehe