salam..selamat malam..baru dapat nak masukkan n3..macam biasa la internet prob..huhu ok arini nak tayang sayur lemak pucuk paku dengan keledek.. makan pulak dengan ikan bakar, memang terangkat habislaaaa.. seperti biasa masakan terengganu ni mesti lain sikit dari luar kan.. boleh tengok resepi cmg kat sini haa..saya dah cuba dua2 jenis, yang letak ikan bilis dengan yang letak ikan rebus..dua2 sedap dan mempunyai rasa yang tersendiri...ceeewah mcm pengkritik la plak..hehe ok la kite tengok resepi yang simple ni yea..
BAHAN-BAHAN
CARA-CARA
- 3 ketul keledek bersaiz kecil
- seikat pucuk paku
- 2 cawan santan
- 2 ekor ikan selayang
- 1 biji cili merah
- 1 ulas bawang besar
- garam secukupnya
CARA-CARA
- bersihkan keledek dan potong bulat setebal 1/2 cm. rebus keledek hingga empuk
- rebus ikan dan amik isi. hancurkan
- bawang besar dan cili dihiris. masukkan kedalam periuk bersama santan dan ikan
- reneh diatas api sederhana hingga mendidih
- masukkan dan keledek dan pucuk paku. masukkan garam secukupnya. masak sebentar je pucuk paku untuk elakkan jadi lembik dan kaler jadi lebam.
- bolehlah diangkat.
Fuh... lamanya tak makan lauk ni!!! teringat nak balik kampung pulak!!!
haaa wana yeke..hehe kampung wana kat mane?