1st ATTEMPT of PINEAPPLE TART / TART NENAS GEBU

Author: salju // Category:


slamat mengukis semua.. hehe ade lagi 2 minggu untuk buat biskut segala bagai kan.. dah siap 6 jenis biskut tapi belum berkesempatan lagi nak tayang kat sini haa.. tart nenas ni dah cop nak jadi yang 1st nampaknye.. petang2 memang mengukis aje sebab bosan xde ape nak buat kan.. tart ni senang je nak jadikanya adunan tapi makan mase gak la mase nak gulung tu..huhu kena ada pembantu tolong pamkan adunan tu baru la seronok..haha ofcos la my lil sister jadi mangsa.. bak kate org ganu "katang lengang' dek pam adunan ni..hohoho untuk tart ni cuba buat dari resepi kak hanieliza.. sebelom ni xpenah wat lagi tart nenas ni.. memang gebu..erkk bukan cik mat gebu erk..huhu mtk maap cik mat petik nama cik mat lak.. well the combination of butter and margarine make the cookies taste good.. pasni nak try yang pakai ghee plak..tapi dengar2 cerita minyak sapi @ ghee keluaran qbb digantung sijil pengesahan halalnya kan..tgk kt web jakim 2-3 ari lepas..emm dah 2 pagi ni tapi mata xmau tito lagi..huhu nak copy n paste je la resepi kak hanieliza kat sini.. sesape nak try boleh la try yea.. untuk jem nenas tu sy pakai 3 biji nenas yg sederhana besar untuk satu adunan ni.. memang ngam2 je..nasebbb cukup kalo tak ade la tat gulung tanpa inti kan.. 

BAHAN-BAHAN
  • 60 gm butter  
  • 190 gm majerin  
  • 70 gm gula halus  
  • 1 biji kuning telur  
  • 1 s/k esen vanilla  
  • 350 gm tepung gandum  
  • 50 gm tepung jagung
     
    JEM NENAS


    boleh beli yang dah siap dikedai bahan kueh/kek..kat pasaraya pon ada ni..

    @
    3 biji nenas masak diblend dan masak bersama kulit kayu manis sampai pekat baru tambah gula

    2 1/2 cawan gula
    1 batang kulit kayu manis
    *cara nak blend tanpa air supaya mase memasak jem jadi singkat -> ramas2 nenas sedikit untuk dapatkan air nenas then gunakan air tu untuk blend nenas yang selebihnya..xperlu tambah air

    BAHAN GLAZE/PENGILAT

     
    2 kuning telur
    2 s/kecil air
    pewarna kuning

    CARA-CARA

     
    1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
    2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
    3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
    4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
    5. Gunakan acuan tart gulung dan pamkan adunan.
    6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
    7. Letakkan jem nenas diatas adunan dan gulungkan.
    8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas. <-- sy susun dalam loyang yang dilapik dengan kertas minyak jer..
    9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
    10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
    11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. 


    *tips untuk glaze cantik -> bakar dulu dalam 15 minit then kuarkan dari oven, sapu glaze dan masukkan kembali kedalam oven, bakar lg 5 minit. tapi yang kat atas tu xwat camtu pon leceh..hehe


    yang ni tart yang belom bakar lagi.. 


    0 Responses to "1st ATTEMPT of PINEAPPLE TART / TART NENAS GEBU"

    Post a Comment

    There was an error in this gadget
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...