DONAT FROZEN

Author: salju // Category:

Disebabkan aku ni banyak masa terluang jadi buat lah frozen food camni.. yela hari2 goyang kaki je memang bosan tahap gabang la..huhu actually aku tgh mencari kerja..so sape2 yang nak bg keje kat aku boleh la..=) dialu2kan.. donat ni pas goreng separuh masak pastu simpan dalam esbok.. bila nak goreng kuar kan trus je goreng xperlu defrost dah senang kan kerje kita.. emm sebelom ni dah ade resepi donat kat cini tapi letak dulce de leche tak tabur gula..sape nak tengok yang versi tu boleh klik cini yea..yang ni tabur gula je. ok la paste skali lagi resepi tu kat cini ek senang nak refer..resepi ni senang nak ingat sebab dalam kiraan 3.. (,")


BAHAN-BAHAN:
  • 3 cawan tepung gandum diayak
  • 3 sudu besar shortening
  • 3 sudu besar gula 
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 200ml air suam
  • 2 sk instant yis (mauripan)
  • secubit garam

CARA-CARA:
  1. yis dicampur dengan air suam dan dikacau hingga larut..biarkan sebentar
  2. tepung gandum, shortening, gula, susu tepung dan garam dicampur dalam mangkuk dan digaul sehingga sebati
  3. tuangkan yis yang sudah dilarutkan tadi sikit-sikit, kalau keras boleh tambah air suam lg..tambah sikit-sikit ye.. uli sehingga adunan licin lebih kurang 15 minit. rehatkan doh selama 30 minit untuk doh naik.
  4. tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. doh dileperkan setebal 1 cm, terap dengan acuan donat. buat sampai abes..
  5. biarkan selama 15 minit atau naik dua kali ganda. 
  6. boleh lah digoreng dengan minyak yang banyak hingga warna keemasan. guna api sederhana je.
  7. sejukkan dan bolehlah dipicitkan dulce de leche diatasnya..



1 Response to "DONAT FROZEN"

emunnn Says :
August 18, 2010 at 4:47 PM

testing..testing..testing..

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...