PUDING GULA HANGUS LAGI..DAN LAGI..

Author: salju // Category:

ada gak yang panggil puding ni puding karamel, nama lainnya puding gula hangus. tapi jangan sampai trhangus lak nanti xsedap rasa pahit2 gtu.. =(  kalo yang xsuka manis tu bolehlah kurangkan ckit susu tu ataupon kurangkan ckit gula yang nak dihanguskan tu.. sebelom ni dah penah cuba wat puding ni..tapi yang menggunakan susu cair boleh tengok kat sini.. ada lagi satu yang masukkan tepung kastad.. ada macam-macam variasi kan..tapi tetap sedap..


BAHAN-BAHAN
  • 7 biji telur
  • 3 sudu besar gula
  • 1 tin susu pekat manis  <---tin kecik
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan air

CARA-CARA
  1. masukkan gula kedalam loyang, panaskan loyang dengan api sederhana hingga gula cair dan perang. ratakan gula yang cair tersebut dan sejukkan
  2. putar/blend semua bahan diatas hingga berbuih. tuang kedalam loyang yang berisi gula hangus  yang dah beku tadi. 
  3. kukus selama 45 minit. angkat dan biar sehingga sejuk then bolehlah sejukkan dalam esbok..

0 Responses to "PUDING GULA HANGUS LAGI..DAN LAGI.."

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...