kuih bom? erk meletup x kalo makan? hehe resepi ni memang tidak meletup..inti kat dalam tu inti kacang hijau.. inti tu dah buat 2 hari lepas pastu simpan dalam peti ais senang bila nak guna amik jer.. kalo pi jenguk dapur alongroz ada guna sweet potato dalam adunan untuk kulitnya tapi yang ni xletak pon.. still x meletup.. buat untuk buka puase.. emm xsabar nak mkn..nyumm..nyummm..
BAHAN-BAHAN
- 250gram tepung pulut
- 40gram tepung gandum
- 1 sudu besar gula kastor <--- xletak pon xpe
- secubit garam
- 200ml air
- bijan untuk menyalut kuih
- inti kacang hijau secukupnya
CARA-CARA
- tepung pulut, tepung gandum dan garam disatukan, masukkan air sikit-sikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.
- bahagikan doh kepada bulat-bulat kecil. ambil satu doh kecil tadi, leperkan dan masukkan inti kacang, tutup dan bulatkan kembali.
- salut dengan bijan dengan cara mengolekkan kuih tersebut didalam bijan hingga semua permukaan kuih bersalut. salut hingga tiada permukaan yang nampak doh untuk tidak meletup semasa menggoreng nanti.
- goreng dalam minyak sederhana panas hingga keemasan. jangan biar lama dalam kuali kalau x kuih ni merekah dan kebabooommm meletup-letup manja gtu tapi xde la bersepah dapur tu.
- UNTUK INTI KACANG: rendam 1/3kg kacang hijau selama 3-4 jam, rebus kacang tersebut hingga masak. apabila dah masak masukkan 3/4 cawan gula dan secubit garam. masak inti hingga boleh dikepal. kemanisan inti bergantunglah. kalo nak lagi manis boleh tambah gula lagi. angkat dan sejukkan. kepal bulat-bulat inti ikut besar mana kita nak yea.
0 Responses to ""
Post a Comment