LAKSA LEMAK / LAKSA KELATAN

Author: salju // Category:

Laksa memang ada mcm2 jenis.. stiap negeri ada laksa masing-masing, laksa kt atas ni memang terkenal kat kelantan.. kaya dengan khasiat kalo guna ulam-ulaman yang banyak.. tp laksa tu bli je xbuat sndirik xreti..skilo 3 hinggitt..buat sendiri puas hati boleh letak ulam macam-macam dan dalam kuah boleh letak ikan banyak-banyak..erkk sume banyak la yg pasti.. hehe.. anak buah makan laksa ni memang x hengat dunia..hantu laksa kot..hahaha




BAHAN-BAHAN
  • 1kg laksa 
  • 1/2 kg ikan selayang/kembung
  • 1.5 liter santan dari sebiji kelapa 
  • 5 ulas bawang merah ditumbuk
  • 1 sudu makan lada hitam ditumbuk
  • 2 keping asam keping
  • secubit garam
ULAM-ULAMAN
  • 5 urat kacang panjang (wajib ada)
  • 1 batang timun
  • seberkas daun serai kayu (yang ada jual kt pasar tp x pasti negeri lain ade ke x)
  • ape2 jer ulam2 lain yang disukai


CARA-CARA
  1. ikan direbus bersama asam keping untuk hilangkan bau hanyir kemudian amik isi dan hancurkan
  2. didihkan santan, masukkan bawang, ikan, lada hitam dan asam keping. masak hingga mendidih
  3. masukkan garam secukupnya dan angkat.
  4. ulam2 dihiris nipis-nipis
  5. UNTUK SOS CILI: cili padi dan belacan ditumbuk lumat, masukkan garam dan gula, kemudian perahkan limau nipis.







0 Responses to "LAKSA LEMAK / LAKSA KELATAN"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...