SAMBAL SOTONG SPECIAL

Author: salju // Category: ,
kalo jenjalan kat kelantan pagi2 kan dorang dh start makan nasi berlauk..lauk gulai2 pon ade mcm2 jenis especially gulai ikan kering..hmmm mcm iklan tv tu.."mulakan harimu dengan nasi"..erk btol ker?? haha tp ni la kebiasaan dorang sebelom pegi keje atau g skolah.. tp kt ganu kebiasaannya ade nasi lemak, nasi minyak, nasi dagang, nasi kerabu..kalo nasi berlauk gni tghari byk la.. tp sy cuma nak share kt sini lauk sambal sotong..dorang buat untuk sambal ayam tp sy dah magic ayam jd sotong.. =p biase ler ubah selera ikut tekak kite nak mkn ape yer..



BAHAN-BAHAN
  •  3-4 ekor sotong besar
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar cili giling/boh
  • 1 batang serai di ketuk
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit sos tiram 
  • sedikit gula melaka/nisan kerek
  • garam secukup rasa
CARA-CARA
  1. Bawang merah dan bawang putih dikisar.
  2. Tumis bahan kisar,setelah agak garing masukkan cili giling. tumis sampai naik bau.
  3. masukkan serai yang telah diketuk, air asam jawa, gula melaka/nisan kerek dan sos tiram. gaul rata dan masukkan sotong biarkn 1 minit. jangan biarkan sotong masak terlalu lama kerana ia akan menjadi liat
  4. Akhir sekali masukkan garam secukupnya. untuk rasa yang lebih enak tukarkn air asam jawa dengan perahan limau nipis.
  5. senang dan simple je. selamat mencuba!
**gula melaka memberikan rasa yang berbeza dengan gula biasa.. lagi sedap!

0 Responses to "SAMBAL SOTONG SPECIAL"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...