GULAI LEMAK KELADI

Author: salju // Category: ,

hurmmm..yam..yam...keladi ni ada yang gatal kan..tapi kalau kena cara buatnya dah xjadi nak gatal la..xsempat la keladi ni nak menggatal..haha keladi ni ade macam2 ye..batang kaler merah, maroon dan juga hijau..sebaik-baiknya guna keladi pinang.. yang batang hijau tu la.. erkk jangan plak p amik keladi yang daun bercorak-corak tu yang lawa2 orang wat hiasan tu..kang jadi pape susah plak..wink..wink.. orang dulu-dulu pesan kalo nak amik keladi ade cara nya.. pantang dilangkah keladi tersebut @ terlangkah @ sengaja nak langkah..ade ke org langkah makanan?? =) tah la tu petua je la x nak bagi keladi tu menggatal..ala miang-miang keladi gtu..haha

BAHAN-BAHAN
  • sepohon keladi
  • 1 liter santan
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang merah
  • i inci lengkuas
  • 3 tangkai cili kering
  • 1 sudu ikan bilis
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu serbuk kari
  • 2 asam keping
CARA-CARA
  1. Keladi disiat kulitnya dan dipotong sepanjang 2 inci. isi dipotong bulat..rendam dalam air garam sebentar
  2. panaskan air didalam periuk. setelah mendidih celur isi keladi hingga empuk bersama asam keping dan sedikit garam. masukkan pula batang keladi celur hingga layu. angkat dan tuskan.
  3. kisar lengkuas, bawang dan cili. tumis bahan kisar hingga naik bau. masukkan serbuk kunyit dan kari. kacau sebentar dan masukkan santan. tunggu hingga mendidih. 
  4. masukkan ikan bilis yang ditumbuk kasar dan masukkan keladi. masukkan garam secukupnya.
  5. masukkan gula supaya keladi tidak gatal bila dimakan..WAJIB ye!




0 Responses to "GULAI LEMAK KELADI"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...